Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ri/] | چاريق

Definisi : 1. cabik, robek, sobek, koyak meman­jang; 2. = carikan cabikan; 3. helai, keping: se~ kertas; sirih se~; bercarik-carik carik di sana sini, cabik­-cabik: habislah pecah ~ seluar dan baju kertasnya; mencarik mencabik, mengoyak; mencarik-carik mencabik-cabik, mengoyak­-ngoyakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ri/] | چاريق

Definisi : Jw jurutulis, kerani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ri/] | چاريق

Definisi : ; akar ~ puteri sj tumbuhan (pokok memanjat), akar keladi enggang, akar puding rimba, lakum laut, Vitis cinnamomea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ri/] | چاريق

Definisi : 1 koyak memanjang atau koyak sedikit: Kainnya terkena duri lalu ~. 2 penjodoh bilangan utk sesuatu yg disiat: Se~ kertas, setitik dakwat. mencarik membuat (sesuatu) supaya carik; me­ngoyakkan; menyiat. mencarik-carik membuat supaya carik berkali-kali; mencabik-cabik; mengoyak-ngoyakkan: Dia telah ~ surat itu dan kemudian membuangnya ke dlm parit. carikan yg dicarik; sobekan (kertas dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata carik

Puisi
 

Secarik dua carik,
     Tebu lontong kusangka kayu;
Kalau dibeli bercarik-carik,
     Manakan dapat sehelai baju.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Cencang air tidak putus,
     pancung abu tak berbekas.

Bermaksud :

Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bolobeh[b.l.bEh]kata namatulang atap sebelah dalam biasanya dibuat daripada buluh yang dibelah.Kau carik daun rombio, den carik bolobeh, potang kang bolehla kito cucok atap bosamo-samo.[kAw tSA.Äi/ dA.wn čm.bi.j dEn tSA.Äi/ b.l.bEh p.tAN kAN b.leh.lA ki.t tSu.tS/ A.tAp b.sA.m.sA.m]Kau cari daun rembia, saya cari bolobeh, petang nanti bolehlah kita cucuk atap bersama-sama.

Kembali ke atas