Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[car.ta] | چرتا

Definisi : 1. peta yg disediakan utk membantu pelayaran atau penerbangan; 2. helaian yg memberikan maklumat (mis mengenai iklim, kedudukan dan perkembangan perniagaan, struktur organisasi, prestasi kerja, dll) dlm bentuk graf, jadual, atau gambar rajah; ~ alir = ~ aliran (Komp) gambar rajah atau perwakilan grafik yg digunakan utk menun­jukkan logik dan urutan sesuatu atur cara komputer, atau utk memaparkan langkah­-langkah pemprosesan yg dilakukan; ~ pai sj gambar rajah atau perwakilan grafik utk memaparkan pembahagian atau pecahan data, maklumat, dll dlm bentuk bulatan yg dibahagi­bahagikan; ~ palang sj gambar rajah atau perwakilan grafik yg menggunakan jalur yg sama lebar secara menegak atau mendatar utk mewakili maklumat atau data; mencartakan 1. merakamkan sesuatu mak­lumat dlm bentuk carta: ~ perubahan suhu setiap dua hari; 2. ki merangka atau menyu­sun sesuatu gagasan secara teratur: penubuhan Umno di Istana Besar Johor pada 11 Mei 1946 menjadi gagasan besar bagi ~ masa depan agama, bangsa dan tanah air; pencartaan perihal (proses atau perbuatan) mencartakan: ~ pergerakan harga barang keperluan asas; pencarta (Eko) orang yg menggunakan carta tertentu utk menganalisis dan meramalkan pergerakan harga saham atau pasaran saham pd masa hadapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[car.ta] | چرتا

Definisi : paparan yg mengandungi keterang­an (ttg harga, suhu, senarai sesuatu dll) dlm bentuk graf, gambar rajah dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata carta


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
column chartcarta turusTeknologi MaklumatTiadaCarta berbentuk tiang menegak dengan setiap turus membandingkan nilai sesuatu data dengan kategori. Variasi carta turus adalah carta-carta turus bergugusan, turus bertindan dan turus bertindan 100%. Turusnya boleh dalam bentuk 2D atau 3D. Banding carta palang. Contoh carta turus 3D adalah seperti berikut:
constant pressure chartcarta tekanan malarMeteorologiMeteorologi PerhubunganCarta sinoptik sebarang permukaan tekanan malar yang selalunya mengandungi analisis taburan dan data terplot, seperti ketinggian permukaan, angin, suhu, dan kelembapan. Carta tekanan malar dikenali melalui nilai tekanan contohnya: carta 1000 hPa (yang hampir bersepadanan dengan carta permukaan) carta 850 hPa, carta 700 hPa, dan carta 500 hPa. Juga disebut carta isobar.
constant presure chartcarta tekanan malarSainsHidrometeorologiCarta sinoptik bagi sebarang permukaan tekanan malar, selalunya mengandungi data yang telah dilukis dan analisis taburan, seperti ketinggian permukaan, angin, suhu, dan kelembapan. Carta tekanan paling dikenali melalui nilai tekanan; contohnya: carta 1000�mb (yang hampir bersepadanan dengan carta permukaan) carta 850�mb, carta 700�mb, carta 500�mb dan sebagainya.
doughnut chartcarta donatTeknologi MaklumatTiadaCarta berbentuk bulatan seperti carta pai tetapi ada ruang kosong di tengah seperti kuih donat atau keria. Carta ini digunakan untuk memvisualkan sumbangan komponen dalam bentuk peratusan dengan jumlah keseluruhan sumbangan semua komponen adalah 100%. Contohnya adalah seperti berikut:
distribution chartcarta agihan: carta taburanMatematikTiadaTiada
bar chartcarta palangTeknologi MaklumatTiadaCarta berbentuk segi empat bujur yang melintang (mendatar). Carta ini membandingkan nilai (paksi x) dengan kategori (paksi y). Ada pelbagai variasi contohnya carta palang berkelompok, palang bertindan, palang bertindan 100%. Contoh carta palang adalah seperti rajah di bawah.
cone chartcarta konTeknologi MaklumatTiadaCarta palang atau carta turus berbentuk kon 2D dengan setiap kon melambangkan nilai sesuatu data yang disusun mengikut kategori. Contohnya seperti berikut:
prognosis chartcarta prognosisSainsHidrometeorologiRamalan berkenaan meteorologi tertentu untuk masa atau tempoh tertentu dan permukaan tertentu atau sebahagian daripada ruang udara, ditunjukkan secara carta. Sinonim carta ramalan.
isentropic thickness-chartcarta ketebalan isentropSainsHidrometeorologiCarta ketebalan lapisan atmosfera yang dibatasi oleh dua permukaan isentrop yang terpilih (permukaan suhu upaya tetap). Ketebalan lapisan ini berkadaran langsung dengan ketakstabilan statik lapisan berkenaan. Oleh itu, carta ini dinamakan carta tak stabil.
upper air chartcarta udara atasMeteorologiMeteorologi PerhubunganCarta sinoptik keadaan meteorologi diudara atas yang selalunya merujuk kepada carta tekanan tetap piawai. Juga disebut carta aras atas.
12345678910...

Kembali ke atas