Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata carta 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat Pagi Tuan, Saya ingin tahu tentang perbezaan antara (1) carta alir atau carta aliran (2) Malaysia Prison Depatment atau Malaysian Prison Department Saya juga ingin tahu bagaimanakah caranya untuk saya meningkatkan perbendaharaan kata supaya tidak berlaku kekeliruan perkataan mana yang lebih sesuai. Sekian, terima kasih.Carta alir dan carta aliran merujuk makna yang sama, iaitu terjemahan perkatan flow chart. Tuan boleh menyemak penggunaan kata melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. Tuan boleh menyemak data daripada sumber kamus, istilah dan Khidmat Nasihat DBP.Tatabahasa22.06.2015
Assalam. Saya ingin membuat carta Jawi bagi murid prasekolah. Mohon pandangan : 1.huruf ة (ta marbutah) dan ى (ye) adalah huruf Jawi atau sebaliknya? Sekiranya saya tidak meletakkan huruf-huruf ini, adakah ianya menjadi kesalahan dalam carta jawi yang saya ingin keluarkan? 2. Nyatakan rujukan kamus terkini bagi Rumi-Sebutan-Jawi? Terima kasih.Untuk makluman puan, huruf ة (ta marbutah) dan ى (ye) adalah termasuk dalam 37 abjad huruf Jawi dan terpakai untuk mengeja perkataan bahasa Melayu terutama serapan daripada bahasa Inggeris contohny (Kolonialisme) کولونياليسمى  dan bahasa Arab contohnya, (Surah)  سورة (Akhirat) اخيرة  
Untuk maklumat lanjutpuan boleh merujuk buku DAFTAR KATA BAHASA MELAYU RUMI-SEBUTAN-JAWI Edisi Kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2016.
Ejaan28.05.2018
Mana satu penggunaan yang betul. 1. Saya menghadiri mesyuarat Lembaga Pengurusan / Pengurus Sekolah. 2. Ali telah menyediakan carta organisasi Lembaga Pengurusan / Pengurus Sekolah. Terima kasih.Salam sejahtera,

Frasa yang betu:

1. Saya menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengurusan Sekolah .
2. Ali telah menyediakan carta organisasi Lembaga Pengurusan Sekolah.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa18.06.2019
maksud pengantarabangsaan, mitos, dan lagenda

Takrifan kata pengantarabangsaan, mitos, dan legenda  mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat:

1. Pengantarabangsaan: sesuatu perbuatan (proses) mengantarabangsakan. Contoh ayat; wujudnya peluang ekonomi yang semakin banyak akibat pemba­n­gunan dan pengantarabangsaan.

2.  Mitos: 1. cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur­-unsur konsep atau kepercayaan tentang se­jarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb; 2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, dongeng; memitoskan 1. menjadikan sesuatu (kisah, cerita dsb) sbg mitos: beliau mematikan watak Raden Kelang dgn ~ bahawa putera raja yg masih muda ini terbunuh di Kampung Keling; 2. mendewa-dewakan seseorang: mereka berjaya juga mengurangkan aspek yg ~ tokoh-tokoh tersebut; kemitosan perihal (keadaan, sifat) mitos: penjelasan yg meyakinkan wujudnya ~sumpahan tersebut; pemitosan perihal memitoskan: ada obsesiutk menemukan akar, nostalgia dan akhir-nya ~ tanah asal yg telah hilang

3. Legenda:1. cerita dongeng yg bersangkutan dgn kisah-kisah yg bersejarah; 2. petunjuk atau kata-kata keterangan tentang sesuatu (spt peta, carta, ilustrasi, dll).

 

 

Makna23.02.2009
Salam..betul/salah ayat-ayat ini dan jelaskan. Terima kasih. 1.Antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna dan melukis poster. 2.Apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. 3.Ayah telah menggali di belakang rumah sebuah perigi batu. 4.Baju kurung moden yang berwarna jingga itu bagi kakak long saya. 5.Benar tepat jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu. 6.Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak atas meja Cikgu Ali. 7.Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas. 8.Guru Besar berterima kasih di atas pandangan guru-gurunya. 9.Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah." 10.Kedua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin. 11.Kejayaan cemerlang yang diperolehi Mustafa kerana usaha gigihnya. 12.Lain-lain perkara turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu. 13.Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya sepinggan kuih seri muka. 14.Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein. 16.Pemandu muda itu menafikan dia memotong garisan berkembar. 17.Seekor lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu. 18.Semenjak dari hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini. 19.Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh. 20.Siapatah yang suka membuang sampah di kawasan ini.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:1">

  1. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah mewarna dan melukis poster. 1">
  2. Apa-apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. 1">
  3. Ayah telah menggali sebuah perigi batu di belakang rumah.1">
  4.  Baju kurung moden yang berwarna jingga itu untuk kak long saya. 1">
  5. Jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu tepat. 1">
  6. Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak di atas meja Cikgu Ali. 1">
  7. Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas. 1">
  8. Guru Besar berterima kasih kepada guru-gurunya atas pandangan yang diberikan. 1">
  9. Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah." 1">
  10. Pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin.1">
  11. Kejayaan cemerlang yang diperoleh Mustafa kerana usaha gigihnya. 1">
  12. Perkara lain turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu. 1">
  13. Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya dengan sepinggan kuih seri muka. 1">
  14. Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein. 1">
  15. Pemandu muda itu menafikan bahawa dirinya memotong garisan berkembar. 1">
  16. Satu lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu.1">
  17. Semenjak hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini. 1">
  18. Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh. 1">
  19. Siapalah yang suka membuang sampah di kawasan ini.1">
Tatabahasa20.01.2015

Kembali ke atas