Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cas] | چس

Definisi : ; mengecas menahan dgn kaki atau menyepak kaki orang (utk menjatuhkannya): orang itu pun rebah apabila dicas ketingnya; mengecaskan menjatuhkan dgn menahan (menyepak) kaki orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cas] | چس

Definisi : melanggar pantang (larangan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cas] | چس

Definisi : jumlah tenaga elektrik yg tersimpan di dlm sesuatu, mis kapasitor dsb: ~ elektrik; bercas telah dicas: bateri-bateri yg ~; mengecas mengalirkan arus elektrik ke dlm bateri yg lemah utk disimpan supaya bateri lebih kuat dan tahan lebih lama: ~ bateri; pengecasan proses atau perbuatan mengecas: kemajuan teknologi kini membolehkan ~ bateri dibuat sekali lagi atau dua kali sahaja sebulan; pengecas alat yg digunakan utk mengecas: dia mengecas baterinya dgn menggunakan ~ elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cas] | چس

Definisi : tenaga elektrik. bercas sudah diisi tenaga elektrik (bkn bateri): bateri-bateri yg ~. mengecas mengisikan tenaga elektrik ke dlm bateri. pengecas alat yg digunakan utk mengecas (bateri). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[cas] | چس

Definisi : ; mengecas menahan kaki orang berjalan (berlari) dgn kaki sendiri supaya orang itu jatuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang di maksudkan dengan perkataan perkhidmatan,cas dan cas perkhidmatan dengan mendalam mengikut dewan bahasa dan pustaka?Antara makna cas merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah melanggar pantang (larangan). Perkhidmatan pula ialah perihal berkhidmat (bertugas). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan atau layari www.prpm.dbp.gov.myMakna06.09.2009
Bagaimana cara untuk membuat semakan bahasa di DBP. Berapakah cas yang dikenakan dan cas dikenakan berdasarkan apa; muka surat atau jumlah perkataan?Tuan boleh menghantar bahan yang ingin disemak berserta surat rasmi kepada Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.  Bahan juga boleh dihantar melalui e-mel kepada azahari@dbp.gov.my.  Berkenaan dengan kadar bayaran, pihak tuan boleh berbincang dengan Ketua Bahagian Penguatkuasaan kemudian.Lain-lain08.08.2016
Salam sejahtera, Yang manakah antara "cas semula" atau "caj semula" sesuai digunakan untuk terjemahan "recharge" dalam bidang teknologi maklumat? Frasa ini digunakan pada aplikasi telefon pintar. Untuk aplikasi ini, "recharge" bermaksud untuk mengisi semula akaun pengguna dengan wang atau kredit. Contoh ayat: Recharge your account. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih.Cas bermaksud jumlah tenaga elektrik yang tersimpan dalam sesuatu, misalnya kapasitor, bateri manakala caj pula bermaksud bayaran yang dikenakan untuk sesuatu perkhidmatan atau barang yang dibeli. Berdasakan maksud ayat yang dinyatakan, padanan kata yang sesuai untuk ayat recharge your account ialah caj semula.Makna04.11.2018
Frasa yang mana kah lebih tepat sebagai terjemahan untuk istilah 'rechargeable battery'.....'bateri boleh dicas semula' atau 'bateri boleh diulang cas' ?Padanan bahasa Melayu bagi perkataan rechargeable battery ialah bateri dapat dicas semula.Istilah22.04.2009
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai untuk "corotron"? Tiada padanan yang ditemui di pangkalan data PRPM. Contoh penggunaan: Charge Corotron Maksud: Peranti yang menggunakan cas elektrik pada fotoreseptor. Mohon bantuan tuan/puan. Terima kasih.Tidak ada padanan bagi perkataan corotron dalam bahasa Melayu. Dalam hal ini puan hendaklah menghuraikan konsep peralatan tersebut bagi memahamkan pembaca.Penyemakan dan penterjemahan23.06.2015
Mohd Rizal Abdullah Jul 12th, 2:19pm Salam tuan.sy rizal wartawan dari Harian Metro..saya nak tanya ada istilah bahasa malaysia untuk power bank(yg cas telefon)Perkataan power bank diterjemahkan kepada bank kuasa.Penyemakan dan penterjemahan12.07.2015
Tuan/Puan, Di sini saya ingin bertanyakan, apakah pihak tuan/puan boleh membantu agensi untuk membuat semakan penggunaan bahasa dalam deraf dasar negara yang sedang disediakan agar bahasa yang digunakan dalam dokumen dasar adalah tepat? Sekiranya ada, berapakah cas perkhidmatan yang dikenakan? Sekian, terima kasih.Sila kemukakan pertanyaan tuan kepada Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Aras 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau hubungi beliau, Encik M. Azahari bin Edin melalui talian 03-21479111/azahari@dbp.gov.my.Lain-lain10.11.2016
Mohd Yassin Mohd Yunus SEL 10.21 PTG CADANG ISTILAH Mungkin perlu juga digunakan sistem penggabungan dua perkataan untuk membentuk istilah baharu. Ini bagi menjadikan korpus perbendaharaan lebih sesuai dengan arus zaman. Contoh: 1. 'charging' = isirus; [isi] + [arus] Istilah 'cas' atau 'mengecas' dalam Bahasa Melayu bukan tidak ada. Cuma, maksudnya jauh dari yang selalu orang gunakan (menahan kaki orang berjalan/berlari dgn kaki sendiri supaya orang itu jatuh). 2. 'boarding' = naikapal; [naik] + [kapal] 'Boarding' atau 'board' dalam maksud sebenar Bahasa Melayu, selain "berasrama", "papan", "naik" dan "barisan", tidak mempunyai semantik yang cukup mendalam bagi maksud ayat "menaiki kapal". Dan memandangkan kapal adalah satu-satunya jenis kenderaan yang seseorang boleh 'board'/'boarding', maka mengapa tidak digabungkan saja, supaya penutur Bahasa Melayu tidak pula terkeliru dengan menggunakan perkataan tersebut untuk kenderaan lainnya. Contoh ayat: "Kamil mengisirus telefon bimbitnya di surau lapangan terbang, sebelum dia menaikapal." Saya ada beberapa cadangan istilah lain yang saya simpan bagi memperkaya lagi perbendaharaan kata bangsa kita. Saya senaraikan sebahagiannya: 1. 'tesat' ([temu] + [sesat]), yang bermaksud menemukan sesuatu dalam keadaan sesat (biasanya pengajaran/pelajaran). Tamsil guna: "Jaidi tesat di Kuala Lumpur, bahawa kebahagiaan yang dicarinya, ada di kampung halaman." 2. 'pedata' ([pesan] +[dalam] + [talian]), yaKami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan cadangan pembentukan istilah baharu yang tuan cadangkan. Perkara ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka yang terlibat dengan projek pembentukan istilah.Istilah17.10.2017

Kembali ke atas