Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cas] | چس

Definisi : ; mengecas menahan dgn kaki atau menyepak kaki orang (utk menjatuhkannya): orang itu pun rebah apabila dicas ketingnya; mengecaskan menjatuhkan dgn menahan (menyepak) kaki orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cas] | چس

Definisi : melanggar pantang (larangan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cas] | چس

Definisi : jumlah tenaga elektrik yg tersimpan di dlm sesuatu, mis kapasitor dsb: ~ elektrik; bercas telah dicas: bateri-bateri yg ~; mengecas mengalirkan arus elektrik ke dlm bateri yg lemah utk disimpan supaya bateri lebih kuat dan tahan lebih lama: ~ bateri; pengecasan proses atau perbuatan mengecas: kemajuan teknologi kini membolehkan ~ bateri dibuat sekali lagi atau dua kali sahaja sebulan; pengecas alat yg digunakan utk mengecas: dia mengecas baterinya dgn menggunakan ~ elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cas] | چس

Definisi : tenaga elektrik. bercas sudah diisi tenaga elektrik (bkn bateri): bateri-bateri yg ~. mengecas mengisikan tenaga elektrik ke dlm bateri. pengecas alat yg digunakan utk mengecas (bateri). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[cas] | چس

Definisi : ; mengecas menahan kaki orang berjalan (berlari) dgn kaki sendiri supaya orang itu jatuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cas


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
cas elektrikelectric chargeZarah asas positif dan negatif, yang dapat menarik atau menolak satu sama lain melalui tindak balas elektromagnet. Dua zarah dengan cas yang serupa menolak satu sama lain, manakala dua zarah dengan cas yang berbeza menarik satu sama lain.Menengah Atas
cas elektrikelectrical chargeSifat asas zarah yang terdiri daripada dua jenis, iaitu positif dan negatif.Menengah Rendah
cas elektrik statikstatic electrical chargeCas elektrik yang dihasilkan melalui geseran dan bersifat sementara.Menengah Rendah
elektroskopelectroscopeAlat untuk mengesan kehadiran cas elektrik dan mengenal pasti jenis cas. Contoh elektroskop ialah kerajang emas. Lihat RajahMenengah Rendah
neutralneutral1. Perihal atom yang mempunyai bilangan cas positif yang sama dengan cas negatif. 2. Perihal tidak bersifat asid dan tidak bersifat alkali, iaitu pada pH 7.Menengah Rendah
penjana Van de GraaffVan de Graaff generatorPenjana yang berupaya menghasilkan kuantiti cas elektrik yang tinggi. Alat ini digunakan untuk menghasilkan cas elektrostatik.Menengah Rendah
bateri cas semularechargeable batteryBateri yang boleh dicas semula tenaga elektriknya. Lihat RajahSekolah Rendah
aruscurrentAliran cas elektrik yang diukur dengan unit ampere, A.Menengah Rendah
nyahcasdischargePeneutralan cas, sama ada secara penyingkiran elektron bagi ion bercas positif atau secara penerimaan elektron bagi ion bercas negatif dalam sel elektrolisis.Menengah Atas
elektrostatikelectrostaticBidang kajian cas elektrik yang pegun atau elektrik statik.Menengah Atas
123

Kembali ke atas