Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cas] | چس

Definisi : ; mengecas menahan dgn kaki atau menyepak kaki orang (utk menjatuhkannya): orang itu pun rebah apabila dicas ketingnya; mengecaskan menjatuhkan dgn menahan (menyepak) kaki orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cas] | چس

Definisi : melanggar pantang (larangan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cas] | چس

Definisi : jumlah tenaga elektrik yg tersimpan di dlm sesuatu, mis kapasitor dsb: ~ elektrik; bercas telah dicas: bateri-bateri yg ~; mengecas mengalirkan arus elektrik ke dlm bateri yg lemah utk disimpan supaya bateri lebih kuat dan tahan lebih lama: ~ bateri; pengecasan proses atau perbuatan mengecas: kemajuan teknologi kini membolehkan ~ bateri dibuat sekali lagi atau dua kali sahaja sebulan; pengecas alat yg digunakan utk mengecas: dia mengecas baterinya dgn menggunakan ~ elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cas] | چس

Definisi : tenaga elektrik. bercas sudah diisi tenaga elektrik (bkn bateri): bateri-bateri yg ~. mengecas mengisikan tenaga elektrik ke dlm bateri. pengecas alat yg digunakan utk mengecas (bateri). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[cas] | چس

Definisi : ; mengecas menahan kaki orang berjalan (berlari) dgn kaki sendiri supaya orang itu jatuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARUS ELEKTRIK

Arus elektrik ialah pergerakan atau aliran cas

elektrik. Cas boleh jadi positif atau negatif. Proton

yang menjadi sebahagian daripada nukleus setiap

atom mempunyai cas elektrik positif. Elektron yang

mengelilingi nukleus mempunyai cas negatif. Arus

elektrik boleh terdiri daripada cas positif, negatif

atau kedua-duanya.

UMUM 
TITIK ISOELEKTRIKNilai pH sesuatu larutan yang menunjukkan molekul dalam larutan itu mempunyai cas bersih sifar. Pada pH ini, nilai cas positif dan negatif pada molekul tersebut adalah sama dan diberikan simbol pI. Nilai pH ini juga dikenali sebagai titik isoionik. Struktur molekul yang mempunyai cas bersih sifar ini dinamai bentuk zwiterion. Contoh lazim molekul yang mempunyai sifat ini ialah asid amino dan protein....untuk maklumat lanjut sila rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
CAS

Cas, kuantiti elektrik yang berkumpul pada permukaan bahan bukan logam yang berlainan apabila digosokkan dengan kuat.  Cas juga adalah kuantiti elektrik yang mengalir dalam arus elektrik.

FIZIKKonsep
ANTINEUTRON

Antineutron ialah pasangan neutron yang

mempunyai cas yang bertentangan. Pasangan

demikian, yang dinamakan antizarah wujud pada

semua zarah atom. Neutron tidak mempunyai cas

elektrik, tetapi terdiri daripada zarah bercas kecil

yang dikenali sebagai kuark . Cas kuark dalam

antineutron adalah terbalik. Apabila antineutron

dan neutron berlanggar, ia boleh memusnahkan

satu sama lain. Semasa berlaku demikian, ia

membebaskan tenaga. Antineutron ditemui pada

tahun 1956.

Lihat juga Antijirim; Neutron.

UMUM 
KARTRIJ

Kartrij ialah kelongsong logam atau kertas yang

mengandungi cas letupan dan peluru atau cas

untuk letupan. Kartrij yang digunakan bagi

senapang dan mesingan ialah silinder loyang

dengan tudung tukulan di bahagian bawahnya.

UMUM 
ELEKTROSKOP

Elektroskop ialah alat yang mengesan kehadiran

cas elektrik. Jenis elektroskop tertentu, yang

dinamakan elektrometer, juga mengukur amaun

cas yang ada.

UMUM 
ANTIPROTON

Antiproton ialah pasangan proton yang

mempunyai cas yang bertentangan. Ahli fizik

percaya bahawa semua zarah atom mempunyai

antizarah demikian. Antizarah proton yang bercas

positif mempunyai cas negatif. Ia mempunyai jisim

yang sama dengan proton. Apabila antiproton dan

proton berlanggar, ia boleh memusnahkan satu

sama lain, sambil membebaskan tenaga.

Antiproton ditemui pada tahun 1955. Lihat juga

Proton.

UMUM 
KARBONAT

Karbonat ialah sebarang sebatian yang

mengandungi ion karbonat. Ion ialah atom atau

sekumpulan atom yang mempunyai cas elektrik.

Ion karbonat mempunyai dua cas negatif dan

mengandungi satu atom karbon dan tiga atom

oksigen.

UMUM 
ARUHAN ELEKTRIK

Aruhan elektrik ialah proses yang

menyebabkan sesuatu objek dicaskan oleh objek

lain yang mempunyai cas elektrik, tanpa disentuh.

Aruhan elektrik disebabkan oleh tarikan

elektrostatik , iaitu tarikan antara dua cas elektrik

yang berlawanan. Tarikan elektrostatik berbeza

daripada aruhan elektromagnet, iaitu daya yang

bertindak pada zarah bercas yang disebabkan

oleh perubahan medan magnet.

UMUM 
KAPASITOR

Kapasitor ialah alat yang menyimpan tenaga

elektrik dalam bentuk cas elektrik. Kapasitor

mempunyai banyak kegunaan dalam litar elektrik

dan litar elektronik.

UMUM 
12

Kembali ke atas