BAGAIMANAKAH CARA PENULISAN YANG BETUL: Kertas lukisan dan cat air, atau cat poster, atau cat tempera ATAU Kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau cat tempera | Tanda koma tidak perlu sebelum kata "atau" kerana ayat tersebut merupakan ayat setara. Walau bagaimanapun, tidak salah sekiranya tanda koma digunakan kerana tidak menimbulkan perubahan makna dan ini hanyalah melibatkan gaya penulisan. | Ejaan | 25.03.2013 |
definisi melukis dan menulis | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, melukis ialah 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar, menggambarkan: dia ~ sebuah bulatan; manakala menulis ialah 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt tuan ini; jika yg ditulis olehnya berlawanan dgn yg sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl membuat gambar, menggambar, melukis: laksana gambar baru ditulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik; | Makna | 02.08.2010 |
Penggunaan nama benda.pensel lukis atau pensel lukisan | Salam sejahtera, Tuan, Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4, lukis membawa maksud, 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar. Manakala, lukisan pula membawa maksud asil melukis, gambar(an): ~ cat minyak; 2. ki keterangan (cerita, huraian, dll) yg menggambarkan sesuatu hal. Berdasarkan itu, penggunaan pensel lukis lebih tepat penggunaannya. Sekian, terima kasih.
| Makna | 12.07.2017 |
Saya ingin mengetahui sama ada perkataan cit-cat wujud dalam kamus DBP? Adakah perkataan sah dan sesuai digunakan dalam mana-mana komunikasi media dari segi ejaan dan penggunaannya. Boleh beri contoh? | Istilah Cit Cat tiada dalam Kamus Dewan. Walau bagaimanapun, Cit Cat ini merupakan sebuah rancangan hiburan yang siarkan oleh stesen televisyen. Oleh hal yang demikian, Cit Cat bukan merupakan istilah dalam bahasa Melayu untuk digunakan dalam laras komunikasi media. | Istilah | 24.03.2009 |
pengedar cat dulux | Untuk pengesahan iklan sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/
| Lain-lain | 16.06.2017 |
Kedai Cat Multi Colour | Nama ini tidak sesuai untuk digunakan. Mohon pelanggan untuk faks iklan untuk pengesahan. | Lain-lain | 07.03.2007 |
Apakah istilah Cat-Eye Door dalam bahasa Melayu? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah cat-eye's door ialah lubang intai pintu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 28.02.2023 |
Mencari maksud perkataan dalam bahasa Melayu untuk Body & Paint Centre. Berikut adalah pilihan perkataan untuk pengesahan pihak tuan: 1. Pusat Baik Pulih Badan Kenderaan dan Cat PERODUA 2. Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Penyemburan Cat PERODUA | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Sembur Cat | Lain-lain | 16.07.2014 |
Assalamualaikum tuan, apakah terjemahan yang sesuai bagi "cat tree"? iaitu suatu struktur binaan untuk kucing bermain. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah cat tree ialah ran kucing. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.07.2023 |
Minta tolong semak susunan perkataan di bawah adakah betul:- 1. Disyorkan agar mengecat satu lapisan dasar, diikuti minima dua lapisan cat Dulux. (atau "diikuti dua lapisan minima cat Dulux) 2. Jika terkena mata, bilas segera dengan banyak air (atau "air yang banyak" dan dapatkan nasihat perubatan. Harap pihak tuan / puan boleh memberi nasihat / cadangan secepat mungkin. Sekian, James | 1. Disyorkan pengguna mengecat satu lapisan dasar, diikuti dua lapisan minimum cat Dulux 2. Jika terkena mata, bilas segera dengan air yang banyak dan dapatkan nasihat perubatan. | Tatabahasa | 05.04.2019 |