Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.tu] | چاتو

Definisi : bahagian (makanan dll) yg ditentukan jumlah atau banyaknya; bercatu berbuat sesuatu (melaksanakan peraturan) utk membahagi-bahagikan bekalan dan mengehadkan penggunaan sesuatu (biasanya keperluan hidup spt air dan barang makanan); mencatu 1. menetapkan (mengehadkan) penggunaan sesuatu: makanan biasa dicatu dlm keadaan perang; 2. membahagi-bahagi­kan sesuatu dgn jumlah (banyaknya) yg telah ditentukan: sebelum pergi ke sekolah, anak-anaknya dicatu 20 sen seorang; mencatukan membahagikan sesuatu dgn jumlah (banyaknya) yg telah ditentukan atau dgn sedikit-sedikit; catuan catu; pencatuan perihal (tindakan dsb) mencatu­(kan), pembahagian catu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.tu] | چاتو

Definisi : , = catuan bahagian (makanan dsb) yg sudah ditentukan banyaknya: Ketika darurat dahulu, kami mendapat ~ gula 10 kati sebulan. mencatu 1 mengehadkan atau mengawal penggunaan sesuatu spt makanan dan air. 2 memberikan atau membahagikan sesuatu dgn jumlah yg ditentukan banyaknya: Kerana kekurang­an makanan, pihak kerajaan terpaksa ~ barang-barang makanan. 3 membahagikan sedikit-sedikit atau dgn jumlah yg telah ditentukan: Pegawai itu telah diberi tugas ~ barang-barang makanan utk orang ramai. pencatuan perbuatan mencatu. pencatu orang yg mencatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata catu


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
continuous rangecatu menerusreng menerusreng menerusPerhutanan
agistment areacatu peragutankawasan peragutankawasan peragutanPerhutanan
all year rangecatu menahunrenji menahunrenji menahunPerhutanan
quantum of actionkuantum aksi; catu aksiTiadakuantum tindakanFizik

Kembali ke atas