Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.tuan] | چاتوان

Definisi : catu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.tuan] | چاتوان

Definisi : bahagian (makanan dsb) yg sudah ditentukan banyaknya: Ketika darurat dahulu, kami mendapat ~ gula 10 kati sebulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata catuan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud rangsum, lestari dan mapan atau mampan

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, rangsum ditakrifkan sebagai catuan (makanan dll), pelabur: biarlah kau makan ~ penjara. Kata lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap membawa maksud yang hampir sama dengan mampan, iaitu mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb) atau dalam bahasa Inggerisnya "sustainable . Sementara kata mapan bermaksud tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap, contohnya: mengikut tafsiran yg mula ~ di kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar drpd penulis yg sudah ~; hasil ciptaan pengarang yg sedia ~.

 

Tatabahasa26.11.2008
Assaalamulaikum, mohon untuk huraian maksud rangsum makanan rangsum atau lain-lain yang makna yang berkaitanRangsum sama maksudnya dengan catuan, iaitu bahagian (makanan) yang telah ditentukan banyaknya. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rangsum.Makna19.10.2012

Kembali ke atas