Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.tur] | چاتور

Definisi : sj permainan utk dua orang, setiap orang menggerakkan 16 buah caturnya mengikut per­aturan tertentu di atas papan catur; buah ~ buah dlm permainan catur; papan ~ papan berpetak-petak (64 petak) yg dipakai dlm permainan catur; bercatur 1. bermain catur: leka ia ~ juga dgn Si Kembang Cina; 2. bercorak spt petak-­petak papan catur: kain ~; mencatur ki menjadikan politik (ekonomi dll) sbg permainan: kini kita dicatur oleh institusi politik dan negara bangsa yg berbentuk moden; mempercaturkan ki memperlakukan siasah(ekonomi dll) spt catur: yg dipercaturkan ialah orang Melayu Sri Lanka yg sedang mengalami kepupusan identiti; caturan sulam yg berpetak-petak; percaturan 1. tempat bermain catur: 2. peri­hal bercatur (permainan catur); 3. ki permainan (siasah) politik: Pakistan memainkan peranan baru dlm ~ politik di Asia; pencatur 1. orang yg bermain catur: Kejohanan Olimpiad adalah medan pertama bagi ramai ~ remaja utk mencipta nama; 2. ki orang atau pihak yg mencatur atau mempercaturkan: beliau menjadi ~ orde keamanan dunia mengikut cita rasa serta kepentingan bangsanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.tur] | چاتور

Definisi : (Sanskrit) empat (digunakan dlm kata­kata majmuk): ~ tunggal; ~ wangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.tur] | چاتور

Definisi : permainan yg dimainkan oleh dua orang dgn menggunakan 32 buah atau orang-orangan dan papan yg berpetak-petak: buah ~ buah atau orang-orangan dlm permainan catur; papan ~ papan yg berpetak-petak (64 petak) yg digunakan sbg tempat meletakkan buah catur ketika bermain catur. pencatur orang yg bermain catur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata catur


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Agihan cas elektrik yang tertumpu pada satu titik atau bersimetri secara sfera. (FIZ) electric multipole (multikutub elektrik) Satu daripada beberapa siri jenis taburan cas statik atau berayun. (FIZ) electric quadrupole (catur kutub elektrik) Taburan cas yang menghasilkan medan elektrik setara dengan medan yang di- hasilkan oleh dua dwikutub elektrik yang mempunyai magnitud momen dwi- kutub yang sama tetapi berlawanan arah dan mempunyai empat sisi. (MAT) quadriplegia (kuadriplegia) Keadaan apabila keempat-empat anggota tubuh menjadi lumpuh. Sinonim tetraplegia. (UBAT) quadrivalent (kuadrivalen) Satu kompleks yang terdiri daripada empat kromosom. (BIO) quadruple point (takat catur kutub) Suhu tertentu apabila empat fasa berada dalam keseimbangan. (KIM) quadrupole (catur kutub) 1. Medan elektrik atau medan magnet yang tidak simetri disebabkan taburan elektron yang tidak seragam. 2. Alat

Kembali ke atas