Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.tur] | چاتور

Definisi : sj permainan utk dua orang, setiap orang menggerakkan 16 buah caturnya mengikut per­aturan tertentu di atas papan catur; buah ~ buah dlm permainan catur; papan ~ papan berpetak-petak (64 petak) yg dipakai dlm permainan catur; bercatur 1. bermain catur: leka ia ~ juga dgn Si Kembang Cina; 2. bercorak spt petak-­petak papan catur: kain ~; mencatur ki menjadikan politik (ekonomi dll) sbg permainan: kini kita dicatur oleh institusi politik dan negara bangsa yg berbentuk moden; mempercaturkan ki memperlakukan siasah(ekonomi dll) spt catur: yg dipercaturkan ialah orang Melayu Sri Lanka yg sedang mengalami kepupusan identiti; caturan sulam yg berpetak-petak; percaturan 1. tempat bermain catur: 2. peri­hal bercatur (permainan catur); 3. ki permainan (siasah) politik: Pakistan memainkan peranan baru dlm ~ politik di Asia; pencatur 1. orang yg bermain catur: Kejohanan Olimpiad adalah medan pertama bagi ramai ~ remaja utk mencipta nama; 2. ki orang atau pihak yg mencatur atau mempercaturkan: beliau menjadi ~ orde keamanan dunia mengikut cita rasa serta kepentingan bangsanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.tur] | چاتور

Definisi : (Sanskrit) empat (digunakan dlm kata­kata majmuk): ~ tunggal; ~ wangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.tur] | چاتور

Definisi : permainan yg dimainkan oleh dua orang dgn menggunakan 32 buah atau orang-orangan dan papan yg berpetak-petak: buah ~ buah atau orang-orangan dlm permainan catur; papan ~ papan yg berpetak-petak (64 petak) yg digunakan sbg tempat meletakkan buah catur ketika bermain catur. pencatur orang yg bermain catur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata catur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
corak tapak caturcorak tapak caturKesenianTiadaCorak tembikar berunsur geometri berbentuk papan catur.
kelarai tapak caturkelarai tapak caturKesenianTiadaCorak anyaman berunsur benda berunsur tapak catur. tinampang, tapak satu
dangai caturdangai caturKesenianTiadaCorak tekat berunsur geometri yang mengambil bentuk potongan kuih dangai.
castlingpengetiranSukanTiadaTeknik gerakan dalam permainan catur yang melibatkan dua buah catur, iaitu raja dan tir. Pengetiran berlaku apabila raja dan tir digerakkan secara serentak. Raja akan bergerak sebanyak dua petak ke arah salah satu tir pada baris pertama papan catur dan tir tersebut akan melangkaui raja dan menetap bersebelahan dengannya.
tetrametercatur ruasKesusasteraanTiadaUkuran 4 kaki iambus dan trokaik dalam semua puisi Inggeris.
tetratomiccatur atomPerubatanTiadaTiada
tetrabasiccatur besKimiaTiadaTiada
tetraatomiccatur atomKimiaTiadaTiada
tetratomiccatur atomKimiaTiadaTiada
tetramolecularcatur molekulKimiaTiadaTiada
12345

Kembali ke atas