Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.wang] | چاوڠ

Definisi : bahagian drpd sesuatu yg lebih besar, cabang; ~ tenggorok cabang batang tenggorok; cawangan 1. bahagian (drpd pertubuhan, persatuan, syarikat, dsb): persatuan ini tidak dibenarkan menubuhkan ~-~nya di negeri lain; 2. cawang; pencawang stesen tempat arus (voltan) elektrik yg diterima dr stesen penjana diubah bentuk utk disalurkan kpd pengguna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.wang] | چاوڠ

Definisi : ; cawangan 1 bahagian drpd sesuatu yg lebih besar (spt pertubuhan dll); cabang: Pertubuhan itu mempunyai ~-~nya di luar bandar. 2 sungai kecil yg mengalir ke sungai besar; anak sungai. pencawang cabang atau cawangan yg mengagihkan kuasa elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cawang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah definisi menjana wang?

Saudara,

Makna jana adalah seperti yang berikut: 1. hidup; 2. nyawa; ~-bijana tempat lahir; menjanakan menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga; terjana terbina, terjadi, telah diadakan, ter­hasil; penjanaan perbuatan (tindakan dsb) men­janakan atau menghasilkan sesuatu: cawang­an perusahaan ini meliputi segala kegiatan yg berkaitan dgn ~, pengasingan, atau pem­bersihan berbagai-bagai bahan kuasa; putaran sistem ini telah menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian; ~ semula (Bio) pembentukan semula tisu atau organ yg tercedera (rosak) pd tumbuhan atau hai­wan, mis pembentukan semula ekor cicak yg telah putus; penjana sesuatu (alat dll) yg atau utk men­janakan (kuasa dll): alat ini mempunyai se­buah ~ haba serta saluran cecair ammonia.

Oleh  yang demikian, menjana wang bermaksud  bermaksud menghasilkan wang. 

 
  
Makna13.10.2010

Kembali ke atas