Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.cair] | چچاءير

Definisi : bahan yg cair sifatnya dan dapat menga­lir dgn bebas tanpa bentuk tertentu, mis air dan minyak, cairan: apabila dipanaskan, ais berubah menjadi ~; mencecairkan menukarkan bentuk sesuatu (pepejal atau gas) menjadi cecair, menjadikan cecair: suhu yg sangat tinggi diperlukan utk ~ kaca; pencecairan proses mencecairkan: ~ gas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.cair] | چچاءير

Definisi : benda yg cair sifatnya dan dpt berubah-ubah bentuknya mengikut tempat benda itu; cairan: Apabila dipanaskan, ais akan bertukar kpd bentuk ~. mencecairkan menukarkan bentuk sesuatu (pepejal, gas) menjadi cecair; menjadikan sesuatu dlm bentuk cecair: Suhu yg sangat tinggi diperlukan utk ~ kaca. pencecairan perihal atau proses mencecairkan: ~ gas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cecair


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
emparankaedah yg digunakan utk mengasingkan dua cecair yg berlainan ketumpatan atau pepejal drp cecair secara putaran mendatar yg lajuKamus Dewan Perdana
pengemparanpengasingan dua cecair yg berlainan ketumpatan atau pepejal drp cecair secara putaran mendatar yg lajuKamus Dewan Perdana
mengemparkanmengasingkan dua cecair yg berlainan ketumpatan atau pepejal drp cecair dlm (darah, urin dsb) secara putaran mendatar yg lajuKamus Dewan Perdana
pengemparmesin yg berputar ligat utk mengasingkan dua cecair yg berlainan ketumpatan atau pepejal drp cecairKamus Dewan Perdana
etil asetatcecair dlm kumpulan ester yg berbau manis spt buah, tidak berwarna, mudah meruap dan mudah terbakar, diperoleh drp pengesteran asid asetik dgn etanol, digunakan dlm minyak wangi dan bahan perasa, serta sbg pelarut. Formula: CH₃COOC₂H₅Kamus Dewan Perdana
etercecair yg boleh meruap dan amat mudah terbakar, mempunyai bau manis spt buah, digunakan sbg pelarut dan sbg ubat bius. Formula: C₂H₅OC₂H₅Kamus Dewan Perdana
etanolcecair tidak berwarna dan mudah terbakar yg dihasilkan drp petroleum atau penapaian karbohidrat dan digunakan sbg pelarut. Formula: C₂H₅OHKamus Dewan Perdana
etanalcecair tidak berwarna dlm kumpulan aldehid yg mudah terbakar dan digunakan utk membuat asid asetik, minyak wangi dan ubat-ubatan. Etanal ialah kata teknikal bagi asetaldehid. Formula: C₂H₄OKamus Dewan Perdana
enemacecair yg dimasukkan ke dlm dubur, terutamanya utk memudahkan proses membuang air besarKamus Dewan Perdana
eliksircecair yg dikatakan oleh ahli sains Zaman Pertengahan dapat mengubah logam menjadi emas, dan dapat memanjangkan usiaKamus Dewan Perdana
123

Kembali ke atas