Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.cair] | چچاءير

Definisi : bahan yg cair sifatnya dan dapat menga­lir dgn bebas tanpa bentuk tertentu, mis air dan minyak, cairan: apabila dipanaskan, ais berubah menjadi ~; mencecairkan menukarkan bentuk sesuatu (pepejal atau gas) menjadi cecair, menjadikan cecair: suhu yg sangat tinggi diperlukan utk ~ kaca; pencecairan proses mencecairkan: ~ gas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.cair] | چچاءير

Definisi : benda yg cair sifatnya dan dpt berubah-ubah bentuknya mengikut tempat benda itu; cairan: Apabila dipanaskan, ais akan bertukar kpd bentuk ~. mencecairkan menukarkan bentuk sesuatu (pepejal, gas) menjadi cecair; menjadikan sesuatu dlm bentuk cecair: Suhu yg sangat tinggi diperlukan utk ~ kaca. pencecairan perihal atau proses mencecairkan: ~ gas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cecair


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
How to translate "liquid cleaner" in BM? Is "cecair pencuci" or "pencuci cecair" ?Cadangan padanan bagi istilah liquid cleaner dalam bahasa Melayu ialah pencuci cecair. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah05.03.2024
Cecair yang digunakan untuk mencuci rambut dipanggil apa? Terima kasih.Syampu.Istilah30.04.2010
Mohon pencerahan. Yang mana satu betul: Cecair Pencuci Pakaian (liquid detergent) atau Pencuci Cecair Pakaian? Terima kasih kerana membantu.Liquid detergent boleh diterjemahkan kepada detergen cecair.Penyemakan dan penterjemahan21.08.2015
Mohon berikan pandangan bagi ayat berikut: 1) Saya memeriksa botol dan mendapati di dalamnya mengandungi cecair; 2) Saya memeriksa botol dan mendapati di dalamnya cecair. Manakah ayat yang betul?Kedua-dua ayat 1. Saya memeriksa botol dan mendapati di dalamnya mengandungi cecair dan 2. Saya memeriksa botol dan mendapati di dalamnya cecair betul dan boleh digunakan.  Tatabahasa06.06.2021
perbezaan antara cecair dan jellyBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, cecair bermaksud bahan yg cair sifatnya dan dapat mengalir dgn bebas tanpa bentuk tertentu, mis air dan minyak, cairan: apabila dipanaskan, ais berubah menjadi ~; manakala padanan istilah jelly dalam bahasa Melayu ialah jeli yang bermaksud sj bahan spt agar-agar; ~ petroleum campuran hidrokarbon yg separa pepejal dan lut cahaya, dan digunakan dlm industri ubat-ubatan, kosmetik, dsb.Istilah03.02.2010
Yang mana satukah ayat (menggunakan perkataan pedih dengan betul) ? (1) Maimun pedih hati apabila terdengar kata-kata hinaan daripada Siti itu. (2) Anita menyemburkan cecair pedih mata kepada lelaki yang cuba mengganggunya itu.Ayat yang menggunakan perkataan pedih yang betul ialah ayat (1).
Untuk ayat (2) perkataan yang sesuai ialah cecair pemedih mata.
Lain-lain25.07.2014
Adakah penggunaan perkataan 'menjerang' di bawah betul? Nenek menjerang sup ayam di dapur. Bolehkah tolong jelaskan penggunaan perkataan menjerang. Saya telah memeriksa di kamus tadi, perkataan menjerang hanya untuk nasi dan air. 'Sup ayam' juga merupakan cecair. Jadi adakah perkataan gamat khas untuk nasi dan air saja, atau sebarang cecair?Dalam Kamus Dewan, perkataan menjerang juga bermaksud memasak dan contoh yang diberi ialah memasak nasi. Perkataan menjerang juga boleh digunakan untuk menggantikan maksud memasak termasuklah memasak sup, air dan sebagainya.Tatabahasa23.05.2012
LPG ROOMBILIK GAS PETROLEUM CECAIRIstilah03.03.2011
Salam sejahtera Tuan, 1. Apakah perkataan yang sesuai untuk mengungkapkan cara memasak cecair (air, teh) dengan api yang kecil secara perlahan-lahan? Sekian, terima kasih.Perkataan yang sesuai ialah menjerang.Tatabahasa30.09.2013
eademaedema - Keadaan penyakit apabila ruang antara sel tisu bahan dipenuhi oleh cecair.Istilah04.02.2009
123

Kembali ke atas