Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.cair] | چچاءير

Definisi : bahan yg cair sifatnya dan dapat menga­lir dgn bebas tanpa bentuk tertentu, mis air dan minyak, cairan: apabila dipanaskan, ais berubah menjadi ~; mencecairkan menukarkan bentuk sesuatu (pepejal atau gas) menjadi cecair, menjadikan cecair: suhu yg sangat tinggi diperlukan utk ~ kaca; pencecairan proses mencecairkan: ~ gas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.cair] | چچاءير

Definisi : benda yg cair sifatnya dan dpt berubah-ubah bentuknya mengikut tempat benda itu; cairan: Apabila dipanaskan, ais akan bertukar kpd bentuk ~. mencecairkan menukarkan bentuk sesuatu (pepejal, gas) menjadi cecair; menjadikan sesuatu dlm bentuk cecair: Suhu yg sangat tinggi diperlukan utk ~ kaca. pencecairan perihal atau proses mencecairkan: ~ gas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cecair


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Sifat bahan 1 : pepejal, cecair dan gasDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1995983-62-4807-2
Bijak Matematik Tahun 1: Isi Padu CecairDewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-46-1813-1
Modul pengajaran kendiri: sifat bahan: 1 pepejal, cecair dan gasDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1995983-62-4807-2

Kembali ke atas