Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.cair] | چچاءير

Definisi : bahan yg cair sifatnya dan dapat menga­lir dgn bebas tanpa bentuk tertentu, mis air dan minyak, cairan: apabila dipanaskan, ais berubah menjadi ~; mencecairkan menukarkan bentuk sesuatu (pepejal atau gas) menjadi cecair, menjadikan cecair: suhu yg sangat tinggi diperlukan utk ~ kaca; pencecairan proses mencecairkan: ~ gas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.cair] | چچاءير

Definisi : benda yg cair sifatnya dan dpt berubah-ubah bentuknya mengikut tempat benda itu; cairan: Apabila dipanaskan, ais akan bertukar kpd bentuk ~. mencecairkan menukarkan bentuk sesuatu (pepejal, gas) menjadi cecair; menjadikan sesuatu dlm bentuk cecair: Suhu yg sangat tinggi diperlukan utk ~ kaca. pencecairan perihal atau proses mencecairkan: ~ gas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cecair


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
liquid-liquid extractionpenyarian cecair-cecairKejuruteraanTiadaProses, sama ada kelompok atau berterusan, apabila dua cecair tak bercampur disatukan untuk memindahkan bahan boleh larut dari satu kepada yang satu lagi untuk perolehan bahan-bahan boleh larut itu.
latent heathaba pendamGeologiTiadaKuantiti haba yang diserap atau dibebaskan apabila sesuatu bahan mengalami perubahan keadaan, sama ada dari keadaan pepejal ke cecair, cecair ke pepejal, cecair ke wap, atau wap ke cecair tanpa perubahan suhu.
pulse columnturus denyutKejuruteraanTiadaTurus yang digunakan untuk penyarian cecair-cecair, mempunyai satu siri plat mengufuk dengan beberapa banyak lubang.
electroendosmosiselektroendosmosisKimiaTiadaKesan osmosis yang terjadi akibat perbezaan keupayaan elektrik di antara cecair-cecair yang dipisahkan oleh membran separuh telap.
cavitationperonggaanKimiaTiada3. Pengemulsian yang terhasil melalui pemecahan cecair kepada gas cecair, apabila tekanan hidrodinamik cecair tersebut diturunkan kepada tekanan wap.
centrifugeempar; pengempar; mengemparSosiologiTiada1. Pengempar: Alat yang memisahkan bahan yang mempunyai ketumpatan berbeza menggunakan daya emparan pada putaran yang tinggi per minit.,2. Mengempar: Memusingkan sesuatu dengan ligat untuk mengasingkan bahan pejal dari cecair atau cecair dari cecair yang lain.
absolute expansionpengembangan mutlakKimiaTiadaPengembangan sebenar cecair yang diukur berdasarkan pengembangan cecair dan pengembangan bekas cecair yang tersebut.
emulsificationpengemulsianKimiaTiadaPenyerakan suatu cecair ke dalam cecair yang tidak larut campur dengan menambahkan agen pengemulsi untuk mengelakkan emulsi berkenaan terasing semula.
liquefymencecairkanKejuruteraanTiadaMenurunkan ke keadaan cecair atau menjadi cecair.
centrifugationpengemparanKimiaTiadaPemisahan pepejal daripada cecair atau pemisahan cecair yang mempunyai graviti tentu yang berbeza secara putaran mendatar yang laju.
12345678910...

Kembali ke atas