Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.de.ra] | چدرا

Definisi : 1. cacat, cela (sedikit): tuan hamba, tegur oleh tuan hamba jika ~nya pakaian hamba ini; 2. luka (patah tulang dsb): tiga orang telah ~ dlm kemalangan itu; 3. menderita, merana, celaka, rugi: kena ~ Mn a) didatangi musuh dgn tiba-tiba, digeledah dgn tiba-tiba; b) dianiayai (dicelakakan) orang; c) menderita kerana pekerjaan berat dll; mencedera Mn mendatangi (menggeledah) dgn tiba-tiba; mencederakan menyebabkan cedera (luka, patah tulang, dsb): mereka telah ~ beberapa orang musuh; tercedera 1. mendapat cedera (luka, patah, dsb): ayah Hilmi ~ dlm satu serangan; 2. Mn merana; kecederaan keadaan cedera (luka, patah tulang, dsb): bermain-main semasa bekerja kerap kali menyebabkan orang lain mendapat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.de.ra] | چدرا

Definisi : pertelingkahan, perselisihan, per­tengkaran; bercedera bertelingkah, berselisih, berteng­kar; kecederaan hal atau keadaan cedera; percederaan hal bercedera, pertelingkahan, perselisihan, pertengkaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.de.ra] | چدرا

Definisi : 1. mungkir janji, tidak setia, ber­khianat; 2. pembunuhan (penyerangan dll) dgn tidak berterang-terangan (tipu daya); mencedera, mencederakan 1. mengkhianati; 2. membunuh (menyerang dll) dgn diam-diam (tipu daya); kecederaan khianat, keadaan tidak setia; pencederaan perihal (perbuatan) mence­dera(kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.de.ra] | چدرا

Definisi : 1 luka (patah tulang dsb) pd badan kerana kemalangan dll: Banyak orang yg ~ dlm kemalangan itu. 2 cacat sedikit: ~nya rekod ini disebabkan oleh calar-calarnya. mencederakan menyebabkan (mendapat) cedera; mencacati: Tentera kerajaan telah ~ beberapa orang drpd pihak musuh. tercedera mendapat cedera; menderita cedera: Beberapa orang telah ~ dlm perkelahian itu. kecederaan keadaan cedera (luka, patah tulang dsb): Dia terpaksa meletakkan jawatan kerana ~ pd kakinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cedera


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
dalam ayat yang menggunakan "hanya", "adakah ayat itu boleh diakhiri dengan "sahaja" Contoh: Kes itu hanya 2 orang yang mengalami cedera. atau Kes itu hanya 2 orang yang mengalami cedera sahaja. Contoh2: Tugas itu hanya melibatkan Ali sahaja. atau Tugas itu hanya melibatkan Ali.

Hanya bermaksud tidak lebih daripada atau sahaja, oleh itu jika telah ada kata hanya tidak perlu lagi diakhiri dengan kata sahaja, contoh: Tugas itu hanya melibatkan Ali.

Tatabahasa20.05.2008
Soalan 1 Antara berikut yang manakah betul? A. Siti cedera akibat terjatuh dari basikal. B. Siti cetera akibat terjatuh daripada basikal. Soalan 2 Berdasarkan soalan 1, menagapakah adalah jawapan tersebut? Soalan 3 Perbezaan antara dari dan daripada. Sekian terima kasih.1. Siti cedera akibat terjatuh daripada basikal. 2. Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Ciri-ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama "daripada" yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 268 untuk tujuan tersebut.Tatabahasa04.03.2015
Eh, penunggang motosikal itu cedera parah setelah merempuh lampu isyarat merah. Adakah betul penggunaan kata seru Eh di dalam ayat tersebut? Mohon penjelasan daripada pihak DBP untuk keterangan lanjut. Terima kasih.

Penggunaan kata seru tersebut betul, dengan tambahan tanda seru di hujung ayat. Eh, penunggang motosikal itu cedera parah setelah merempuh lampu isyarat merah!

Tatabahasa16.05.2020
Adakah dialog berikut mengikut hukum nahu Melayu dengan betul? "Walaupun aku sering dipanggil gagah, acap kali aku disamaertikan dengan perkasa, aku masih rentan pada cedera, aku tetap tidak lali pada sakit." ujar Sang Buana kepada anak muda itu.Ayat yang betul ialah "Walaupun aku sering dipanggil gagah, acap kali aku disama erti dengan perkasa, aku masih rentan pada cedera, aku tetap tidak lali pada sakit." ujar Sang Buana kepada anak muda itu.Tatabahasa17.10.2018
I Pohon telinga Nazmir cedera kerana terkena ranting pokok semasa dia bermain-main di kawasan itu. II Pak Leman berehat seketika di bawah pohon beringin selepas membajak sawahnya. III Puan Rosnani menyuruh anak-anaknya masuk ke dalam rumah apabila dia melihat pohon angin yang mendung. IV Dewan Bahasa dan Pustaka bertanggungjawab dalam menentukan pohon bahasa yang berkaitan dengan Bahasa Malaysia. berdasar makna di dalam kamus dewan bahasa edisi 3, semua makna tertera sepatutnya betul tetapi mengapakah soalan I adalah salah. kalau salah, apakah kesalahannya? terima kasihMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat antara rangkai kata yang dibentuk daripada perkataan pohon ialah pohon telinga yang bermaksud pangkal telinga. Harap saudara dapat berbincang lebih lanjut dengan  pihak yang menyatakan penggunaan perkataan pohon dalam konteks pertama tidak betul. Makna07.06.2008
Jika dia terjumpa haiwan yang cedera, dia akan membawa haiwan itu balik ke rumahnya untuk dirawat. Betul tak ayat ini?Ayat ini betul. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa17.05.2015
Maksud 'self-injury' dalam istilah sasarnya adalah cedera kendiri. Bagaimana pula dengan istilah 'self-harm', adakah boleh ditakrif dengan istilah mudarat kendiri? [Konteks perubatan/kesihatan mental]Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

self-harm - mudarat kendiri

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.

Lain-lain28.08.2021
Selamat petang tuan. Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah yang tepat dalam ayat di bawah ini. 1. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya dilibas kipas kerana berdiri di atas meja. 2. Pusingan kedua bagi perlawanan badminton tertutup itu merupakan pusingan kalah mati. Soalan: a) Apakah istilah yang paling tepat untuk perkataan 'dilibas' bagi kata nama kipas siling? b) Apakah binaan ayat yang paling sesuai untuk situasi ayat 1 di atas? c) Mana satukah istilah yang betul untuk ayat 2 di atas. i) Perlawanan atau pertandingan ii) kalah mati atau kalah singkir atau kalah keluar. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.1. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya dilibas kipas kerana berdiri di atas meja. Ayat pertama betul. 
2. Pusingan kedua bagi perlawanan badminton tertutup itu merupakan pusingan kalah mati. Perlawanan dan pertandingan, kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa16.07.2013
Tuan munsyi, 1.kucing berasa sakit kerana kakinya cedera. adakah ayat ini betul kerana nya harus rujuk manusia.minta komen 2.Ibu membimbit dua buah bakul ke pasar.adakah ayat ini betul memandangkan selepas kata kerja membimbit tidak boleh sisip sebarang kata antara KK dan KN 3.Kakak memiliki dua buah kereta atau kakak memiliki kereta dua buah.mana yang betul 4.kata bilangan tentu dan tak tentu boleh disisipkan di antara kata kerja transitif dengan kata nama?cth,cikgu lim mempunyai sebuah telefon bimbit .ayat ini betul atau salah 5.1. "Nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak digunakan untuk bukan manusia. Ayat ini tidak gramatis dan lihat juga frasa "kucing berasa sakit".
2. Ayat ini betul, bakul ialah objek yang dilengkapkan dengan unit (dua) dan penjodoh bilangan (buah), dan dua buah bakul ialah frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja membimbit.
3. Kakak memiliki dua buah kereta.
4. Ayat "cikgu lim mempunyai sebuah telefon bimbit" betul sama seperti ayat kedua di atas.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 390 - 394.
Tatabahasa15.04.2014
Salam sejahtera, 1.Para ibu bapa duduk di bawah khemah untuk memberikan sokongan kepada anak mereka. (Para ibu bapa menunjukkan jamak,jadi 'anak mereka' perlu jamak?=anak-anak mereka'. 2.Ahli bulan sabit merah memberikan rawatan kepada peserta yang cedera. (bulan sabit merah dalam ayat ini digolongkan sebagai kata nama am atau kata nama khas?).Menurut data kami, rangkai kata i. Para ibu bapa duduk di bawah khemah memberikan sokongan kepada anak mereka betul. Ayat yang betul ialah ii.  Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah memberikan rawatan kepada peserta yang cedera.Tatabahasa03.09.2019
123

Kembali ke atas