Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.de.ra] | چدرا

Definisi : 1. cacat, cela (sedikit): tuan hamba, tegur oleh tuan hamba jika ~nya pakaian hamba ini; 2. luka (patah tulang dsb): tiga orang telah ~ dlm kemalangan itu; 3. menderita, merana, celaka, rugi: kena ~ Mn a) didatangi musuh dgn tiba-tiba, digeledah dgn tiba-tiba; b) dianiayai (dicelakakan) orang; c) menderita kerana pekerjaan berat dll; mencedera Mn mendatangi (menggeledah) dgn tiba-tiba; mencederakan menyebabkan cedera (luka, patah tulang, dsb): mereka telah ~ beberapa orang musuh; tercedera 1. mendapat cedera (luka, patah, dsb): ayah Hilmi ~ dlm satu serangan; 2. Mn merana; kecederaan keadaan cedera (luka, patah tulang, dsb): bermain-main semasa bekerja kerap kali menyebabkan orang lain mendapat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.de.ra] | چدرا

Definisi : pertelingkahan, perselisihan, per­tengkaran; bercedera bertelingkah, berselisih, berteng­kar; kecederaan hal atau keadaan cedera; percederaan hal bercedera, pertelingkahan, perselisihan, pertengkaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.de.ra] | چدرا

Definisi : 1. mungkir janji, tidak setia, ber­khianat; 2. pembunuhan (penyerangan dll) dgn tidak berterang-terangan (tipu daya); mencedera, mencederakan 1. mengkhianati; 2. membunuh (menyerang dll) dgn diam-diam (tipu daya); kecederaan khianat, keadaan tidak setia; pencederaan perihal (perbuatan) mence­dera(kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.de.ra] | چدرا

Definisi : 1 luka (patah tulang dsb) pd badan kerana kemalangan dll: Banyak orang yg ~ dlm kemalangan itu. 2 cacat sedikit: ~nya rekod ini disebabkan oleh calar-calarnya. mencederakan menyebabkan (mendapat) cedera; mencacati: Tentera kerajaan telah ~ beberapa orang drpd pihak musuh. tercedera mendapat cedera; menderita cedera: Beberapa orang telah ~ dlm perkelahian itu. kecederaan keadaan cedera (luka, patah tulang dsb): Dia terpaksa meletakkan jawatan kerana ~ pd kakinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cedera


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gasing cederagasing cederaSukanTiada1. Gasing yang tidak berkepala apabila telah dipangkah.
blood bin ruleperaturan cedera berdarahSukanTiadaPeraturan yang menetapkan pemain yang cedera berdarah diarah keluar oleh pengadil untuk menerima rawatan. Pemain tersebut boleh bermain semula setelah menerima rawatan, dan pemain yang menggantikannya semasa mendapat rawatan tidak dikira sebagai pemain ganti.
traumatic ringgelang cederaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanZon tisu yang dihasilkan oleh kambium yang cedera akibat salji, kemarau, atau kebakaran. Tisu ini terdiri daripada parenkima yang luka, dan biasanya berwarna lebih gelap kerana kehadiran gam dan damar. Kadang kala tisu ini mengandungi saluran antara sel dan retak akibat kemarau.
accident (aircraft)kemalangan (pesawat udara)AeroangkasaTiadaKemalangan pesawat udara yang melibatkan kerosakan besar kepada struktur, enjin atau melibatkan cedera parah kepada penumpang.,Kemalangan pesawat udara yang melibatkan kerosakan besar kepada struktur, enjin atau melibatkan cedera parah kepada penumpang.
injurycederaPendidikanTiadaTiada
injurycederaPendidikanTiadaTiada
injurycederaEkonomiTiadaTiada
injurycederaPerubatanTiadaKerosakan tisu atau anggota, akibat sesuatu daya luar, seperti tekanan, haba dan bahan kimia.
injurycederaPertanianTiadaTiada
injurycederaPentadbiranTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas