Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.gah] | چݢه

Definisi : tegah, halang; mencegah menghalang (menegah, menolak, dll), mengikhtiarkan supaya jangan berlaku (kena dll): sentiasa berjaga-jaga ~ gerakan subversif; tidak berjaya ~ peperangan; tercegah terkawal (terlarang, terhalang, dll); cegahan larangan (tegahan dll): ibunya tidak mendengar ~nya; pakatan yg ada berjaya menjalankan fungsi ~; pencegahan perihal (perbuatan dsb) men­cegah, penegahan, penolakan, pengawalan (pengawasan): ~ dgn cara kimia; pencegah 1. alat utk mencegah; 2. orang (badan dsb) yg mencegah: pasukan ~ rusuhan; pasukan kastam bahagian ~ penyeludupan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.gah] | چݢه

Definisi : ; mencegah mengikhtiarkan supaya tidak berlaku (tidak kena dsb); menghalang; menegah: Pasukan keselamatan telah berjaya ~ rusuhan itu. pencegahan perbuatan atau hal men­cegah; penegahan. pencegah 1 orang (pasukan, badan-badan tertentu dsb) yg tugasnya mencegah sesuatu: Badan ~ Rasuah. 2 ubat (bahan, alat dll) utk mencegah: bahan ~ kuman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cegah


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
bagi mengha- langnya daripada terbakar dan dinyatakan dalam unit jam. (KEJ) fire retardent test (ujian rintangan kebakaran) Ujian untuk menentukan keupayaan kayu merintang kebakaran. Kayu yang diuji diawet dengan bahan cegah kebakaran dan diletakkan di atas nyala api yang dikawal dalam kebuk khas. Kehilangan berat dan suhu dicatat pada sepanjang tempoh ujian. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan, iaitu ujian rintangan kebakaran

Kembali ke atas