Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cék] | چيک

Definisi : /cék/ arahan bertulis (di atas keping­an kertas tertentu) kpd bank supaya membayarkan wang kpd pembawanya atau memasukkannya ke dlm akaun tertentu sebanyak yg tertulis pd arahan itu. ~ berpalang cek yg mempunyai dua garis selari (biasanya di sudut kiri sebelah atas muka cek tsb) dan mesti­lah dimasukkan ke dlm akaun utk mendapatkan bayarannya. ~ kosong cek yg pdnya tidak tercatat jumlah bayaran atau nama penerimanya tetapi telah ditandatangani oleh pembayarnya. ~ tak layan cek yg bayarannya tidak diberikan oleh bank kerana sebab-sebab tertentu. ~ tempatan cek yg bank pembayarnya ada di kawasan penjelasan yg sama dgn bank pelanggan yg menerbitkan cek itu. ~ tendang cek yg tidak dpt ditukar dgn wang tunai kerana pengeluarnya tidak mempunyai wang yg cukup dlm akaunnya. ~ terbuka cek yg boleh ditukar di kaunter bank utk mendapatkan wang tunai dgn serta-merta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cek


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Mohon tanya penjodoh bilangan bagi cek. `Sekeping' cek atau `sehelai' cek. 2)Adakah semua kosa kata/perbendaharaan kata yang tersenarai di dalam Kamus Dewan, DBP boleh digunakan dalam penulisan? Terima kasih. Izani Hj. Daud

1. Penjodoh bilangan betul ialah "sekeping cek".

2. Tidak semua kata yang terakam dalam Kamus Dewan boleh digunakan dalam situasi rasmi. Kamus merakamkan kata yang hendak dihuraikan maknanya. Perkataan yang ditanda "bp" merujuk kepada bahasa percakapan dan kata ini tidak sesuai digunakan dalam situasi rasmi.

Tatabahasa17.07.2011
CEK PAPAN TANDAPapan tanda yang dilampirkan tidak mempunyai bahasa Melayu untuk disemak. Untuk makluman tuan, Khidmat Pengesahan Bahasa, DBP menyemak papan tanda yang mempunyai perkataan bahasa Melayu sahaja. Sila masukkan aktiviti perniagaan seperti PEJABAT URUSAN, KILANG dan lain-lain. Seetelah membuat pembetulan, tuan hendaklah ke ruangan KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA bukan KHIDMAT NASIHAT BAHASA untuk mendapatkan kelulusan papan tanda.Tatabahasa28.10.2013
assalamualaikum,pada 29.7.09 saya telah menerima cek honorium sajak sebanyak rm80 tetapi saya tidak menuntutnya kerana terlewat menerima cek dari pihak tuan.Lagipun saya sekarang tidak berada di tempat tinggal asal saya di asajaya.Soalan saya adakah saya masih boleh menuntut wang tersebut dan apakah prosedurnya?

Sila kembalikan cek tersebut ke alamat orang yang mengirim cek tersebut. (Rujuk surat yang saudari terima bersama-sama cek tersebut).

Lain-lain07.06.2010
Tolong cek pesanan saya pada 3 mac 2015 bernombor rujukan 1586 atas nama Lim Pui Ting, tempahan dibuat secara online. Tolong balas email saya atau hubungi saya. Terims kasih Lim Pui Ting HP no. 0168307138Untuk urusan tempahan tempat/dewan, sila berhubung terus dengan Bahagian Pentadbiran Am, DBP di talian 03-21479095/9409/9080.Lain-lain18.03.2015
Mohon cek ejaan. Terima Kasih.Sila lihat lampiran dan buat pembetulan. Kemudian hantar melalui "Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa ) untuk mendapatkan sijil pengesahan. Layari laman web  www.prpm.dbp.gov.my dan klik e-Perkhidmatan. Klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Skrin Daftar Masuk akan dipaparkan. Pengguna yang pertama kali berkunjung perlu mendaftar terlebih dahulu. Isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik Daftar. Skrin Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan. Penuhkan ruangan yang disediakan untuk mengaktifkan akaun anda. Semak e-mel anda untuik mendapatkan Kod Pengaktifan. Salin Kod Pengaktifan dan masukkan di ruang yang disediakan dan klik Aktif. Klik menu Permohonan untuk menghantar permohonan.Lain-lain30.12.2014
saya nak cek ejaan dan perkataan dalam tesis saya. macammana ye?ada software ke?Pihak DBP ada menyediakan rujukan bahasa melalui laman prpm.dbp.gov.my untuk apa-apa rujukan bahasa termasuklah makna perkataan dan ejaan yang setepatnya.
Pihak DBP ada mengeluarkan perisian Dewan Eja untuk semakan ejaan, boleh hubungi pihak Kedai Buku DBP (talian: 03-41010000 / laman web: dbpniaga.my) untuk memperoleh maklumat lanjut berkenaan perisian ini.
Terima kasih.
Lain-lain26.08.2018
salam...nak cek maksud PORT FUEL INJECTION dalam bahasa melayu.istilah dalam automotif.Padanan bahasa Melayu bagi istilah Port Fuel Injection ialah liang pancitan bahan api. Untuk mendapatkan keterangan lanjut sila rujuk Kamus Kejuruteraan Automotif, terbitan DBP. Lain-lain26.10.2010
Salam Padanan bagi mock cheque ialah cek cura. Bolehkah digunakan Anugerah Cura bagi replika amaun sumbangan anugerah yang bukan berbentuk cek tetapi hanya ada logo, pihak penyumbang dan amaun? Terima kasih.Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, kami mencadangkan penggunaan "sijil cura" bagi maksud di atas.Lain-lain28.07.2023
Mohon Pengesahan Bahasa untuk ini. semua cek hendaklah dibuat atas nama ini Cetak Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah @ 1.5% sebulan jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois.Berikut merupakan ayat yang telah dipinda:

Semua cek hendaklah dibuat atas nama  Cetak Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah sebanyak 1.5% sebulan sekiranya bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois.
Penyemakan dan penterjemahan28.02.2015
Nama saya Arena Che Kasim, pensyarah di UKM dan sekarang sedang bercuti belajar di Wales, UK selama 3 tahun bermula Januari 2008. Saya ingin bertanya tentang cek untuk bayaran royalti buku yang telah dikeluarkan telah tamat tempoh sah lakunya dan bagaimana saya boleh dapatkan balik bayaran tersebut (ini kerana semasa cek tersebut tiba di pejabat saya telah pun berada di UK). Detail maklumat bayaran: Voucher No: 0001171/08 Cheque No: 159691 Tarikh: 24/01/2008 Jumlah: RM107.36 Mohon sekiranya dapat dikeluarkan cek baru dan dihantar ke alamat berikut: Arena Che Kasim No.15, Jalan 3/71 Damai Impian Seksyen 3 43650 Bandar Baru Bangi Selangor. atau Arena Che Kasim Ground Floor Flat Timberdene 13 Station Terrace Lampeter Ceredigion SA48 7HH UK Terima kasih.
Untuk makluman tuan, Bahagian Hak Cipta DBP telah pun  mengambil tindakan dengan menghantar memo ke Bahagian Kewangan  DBP untuk mengeluarkan cek yang baru sepertimana yang tuan kehendaki.
Terima kasih.
Nor Hashimah Ali
Ketua Bahagian Hak Cipta
Dewan Bahasa dan Pustaka
Lain-lain29.05.2008
123

Kembali ke atas