Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.kap] | چکڤ

Definisi : 1. boleh, dapat, mampu, sanggup: setelah ia ~ berdiri sendiri, keluarlah ia dr rumah itu; 2. dapat (berkebolehan) melaksanakan sesuatu (kerja dll) dgn cepat dan sem­purna, pandai, mahir: ada beberapa ekor monyet yg betul-betul ~ bermain tunggang balik; kerja demikian memerlukan pekerja yg tekun dan ~; ia juga cukup ~ menyumpit; 3. elok, cantik, rupawan: mahasiswa-mahasiswa suka bercakap-cakap dgn gadis yg ~ itu; 4. lekas, pantas, tangkas: tangan Mawi lebih ~, pantas spt kilat; bercekap sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu); mencekapkan menjadikan (bertambah) cekap; mempercekap menjadikan lebih (bertambah) cekap; kecekapan 1. kesanggupan, kemampuan; 2. kebolehan melakukan sesuatu (spt kerja dll) dgn cepat dan sempurna, kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu); 3. kepan­tasan membuat sesuatu (berfikir dll); ketidakcekapan perihal (sifat dsb) tidak cekap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.kap] | چکڤ

Definisi : 1 mampu atau sanggup (melakukan sesuatu): Setelah ~ terbang, barulah burung-burung itu dpt mencari makan sen­diri. 2 pandai; mahir: Misbun merupakan pemain badminton yg ~. kecekapan 1 kemampuan atau kesanggupan membuat sesuatu. 2 keadaan atau hal cekap; kemahiran atau kepandaian membuat sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cekap

Peribahasa

Takkan rintang rusa oleh tanduknya.

Bermaksud :

Tidak akan terganggu seseorang yang cekap itu melakukan pekerjaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada akan rintang kerbau oleh tanduknya).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Cekap jawi dalam majalah Dewan Bahasa dan PustakaMatlobBerita Minggu27.07.2001
Pemimpin cekap dan bermoralRustam A. SaniUtusan Malaysia04.09.1994
Bersih, cekap & amanah tak ikut tertibSubky LatifWatan04.05.1982
Saring cekap tulis jawi, pilih beret tampil unikNazmi YaakubBerita Harian28.01.2006
Terjemah tak cekap rosakkan bahasaTiadaBerita Minggu05.12.1982
'Kami tak cekap Inggeris Pak'Abdul Samad IsmailBerita Harian07.04.1990
Cerdik cergas, cekap, jujurPak Pandir ModenUtusan Malaysia25.02.1982
Pensyarah-pensyarah tidak cekap guna bahasaTiadaBerita Harian11.04.1985
"Kecil itu indah dan cekap"Lanang SejagatMingguan Malaysia27.02.1994
Kebolehan bertindak cepat serta cekapAdibah AminBerita Harian13.06.1990
12

Kembali ke atas