Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ki/] | چکيق

Definisi : ; mencekik 1. mencengkam leher hingga tidak boleh bernafas: ia membunuh perempuan itu dgn ~ lehernya; 2. ki mene­kan, memeras, menindas, menyeksa, me­nyengsarakan: mereka dicekik kemiskinan; mereka mendoakan agar kemarau jangan ~ mereka; 3. bk makan; ~ darah memeras (wang, tenaga, dll); tercekik 1. dicekik; 2. tersangkut makanan di kerongkong (tekak); 3. ki tertekan (oleh kemiskinan dll), berada dlm kesusahan yg amat sangat: janganlah kita lupakan golongan yg kehidupannya ~ dan sentiasa berhempas-pulas utk menyambung hidup sehari-hari; cekikan perihal mencekik; pencekik 1. orang yg mencekik; ~ darah pemeras, penindas; 2. alat utk mencekik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ki/] | چکيق

Definisi : ; bercekik; ~-merih Mn bertengkar (berbantah) dgn kerasnya; mempercekikkan mempertengkarkan, mem­perbantahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ki/] | چکيق

Definisi : ; mencekik 1 memegang dan mencengkam (leher) sehingga tidak dpt bernafas: Perompak telah ~ leher perempuan kaya itu sampai ia mati. 2 ki menyebabkan menderita; menindas; memeras; menyempitkan (kehidupan seseorang): ~ darah menindas atau memeras (pihak-pihak tertentu dgn berbagai-bagai cara). 3 bk makan. tercekik 1 dicekik. 2 tersangkut makanan di kerongkongan. cekikan hal atau akibat mencekik: ~nya terlalu kuat hingga perempuan muda itu mati dgn serta-merta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cekik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Kempen Memboikot Kedai Makan Mencekik Darah" atau "Kempen Boikot Kedai Makan Cekik Darah"? atau jawapan lain yang lebih tepat?Kempen Memboikot Kedai Makan Cekik Darah. Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Empat,  cekik darah bermaksud memeras (wang, tenaga, dll).Tatabahasa26.06.2011
Selamat sejahtera. Minta tuan/puan menyemak sama ada ayat-ayat di bawah betul atau salah. Jika salah, minta tuan membetulkannya. Terima kasih. 1. Sultan Ammar Muhaimin berkenan untuk mengurniakan tokoh pemimpin yang berwibawa itu pingat darjah kebesaran sempena sambutan majlis keputeraan baginda yang ke-63. 2. Setelah lebih sebulan terbaring sakit, kini barulah Pak Siham cekap berdiri tanpa bantuan isterinya. 3. Pergerakan tangan Ahmad yang cekap menyukarkan pihak lawan untuk menangkis serangannya. 4. Kamisan menyimpan dendam terhadap peniaga yang bersikap cekap darah itu. 5. Anak yatim yang kami jumpa semalam menceritakan semula peristiwa yang meragut nyawa kedua-dua orang tuanya. 6. En. Jefridin bersetuju memperisterikan anaknya dengan jejaka idaman pilihan anak emasnya itu.

Ayat yang betul ialah:

1. Sultan Ammar Muhaimin berkenan untuk mengurniakan pingat darjah kebesaran kepada tokoh pemimpin yang berwibawa itu bersempena dengan sambutan majlis keputeraan baginda yang ke-63.

2. Setelah lebih sebulan terbaring sakit, kini barulah Pak Siham cekap berdiri tanpa bantuan isterinya

3. Pergerakan tangan Ahmad yang cekap menyukarkan pihak lawan untuk menangkis serangannya.

4. Kamsian menyimpan dendam terhadap peniaga yang bersikap cekik darah itu.

5. Encik Jefridin bersetuju mengahwinkan anaknya dengan jejaka idaman pilihan anak emasnya itu.
Tatabahasa03.05.2022

Kembali ke atas