Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.kung] | چکوڠ

Definisi : lekuk atau cengkung (mata, pipi, dll), lekuk melengkung di tengah-tengah (cermin dll): jika permukaannya melengkung ke dlm, cermin itu dinamakan cermin ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.kung] | چکوڠ

Definisi : 1 lekuk ke dalam (ttg mata atau pipi); cengkung: Ketika ia sakit dahulu, mukanya kelihatan ~. 2 melengkung ke dalam di bahagian tengah (ttg cermin); lw cembung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cekung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perkataan bagi penerangan di bawah? 'cekung(lenkung)ke dalam (seperti kanta,lubang-lubang di jalan ,dan lain-lain,cawak(pada pipi),jeluk,lembang,lepek. terima kasih.

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mendapatkan maklumat tersebut. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruangan yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain17.04.2010
adakah perkataan menceduk wujud? apakah maksudnya?Menurut Kamus Dewan, ceduk bermaksud cekung (pipi, mata, dll). Cedok bermaksud mengaut atau mengambil dengan senduk (cebok, gayung dll). Perkataan menceduk tidak wujud, sebaliknya perkataan mencedok wujud.Makna21.11.2012
Salam tuan di talian, Apakah perkataan terlentang dalam ayat contoh di bawah betul penggunaannya. 1. Pak Pandir jatuh terlentang kerana terpijak kulit pisang. 2. Pak Pandir jatuh telentang kerana terpijak kulit pisang, 3. Pak Pandir jatuh tertelentang kerana terpijak kulit pisang. Semoga mendapat jawapan yang segera daripada tuan. Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul ialah: 2. Pak Pandir jatuh telentang kerana terpijak kulit pisang, telentang bermaksud terbaring dengan bahagian depan atau bahagian cekung ke atas.

Tatabahasa15.09.2011

Kembali ke atas