Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.lah] | چله

Definisi : 1. tempat yg terluang (sela, renggang) di antara dua benda; ~ dinding tempat yg terbuka di antara dua papan pd dinding (sela-sela dinding); ~ jari ruang di antara jari (sela­sela jari); 2. sampuk, perkataan (cakap) yg menyelang atau memenggal (perkataan orang): “Jemputlah minum,” ~ isterinya; 3. masa terluang (antara dua pekerjaan dll): tak ada ~ hendak pergi ke rumahmu; 4. ruang yg terluang: sesungguhnya dunia Islam, di ~ kelemahannya akan menjadi dunia sekular; ~ daun sudut atas di antara daun dan dahan (ranting) tempat tumbuhnya atau di antara dahan dan batang pokok; ~ suara Id lubang dlm halkum yg menerbitkan suara; ditaruh di ~ gigi pun tak cukup ki sangat sedikit (bkn makanan dll); mencelah 1. masuk di celah (orang dll), berada di celah-celah: perempuan itu ~ di antara kedua-dua anaknya yg sedang berkelahi itu; 2. memotong cakap orang, me­nyampuk: belum sempat saya menghabiskan perkataan saya, dia pun ~; saya tidak mahu ~ kata-katanya; 3. mulai masak dgn per­ubahan warna sedikit-sedikit tetapi belum merata (bkn buah-buahan spt rambutan, langsat dan duku); mencelah-celah masuk melalui celah-celah (orang ramai dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.lah] | چله

Definisi : 1 bahagian yg terluang (renggang) di antara dua benda; sela: ~ jari. 2 masa yg terluang (antara dua waktu): Tidak ada ~ hendak pergi ke rumahmu. mence­lah 1 masuk di celah-celah; berada di celah: Buah langsat kuning ~. 2 memotong percakapan orang; menyampuk: Belum sempat saya menghabiskan percakap­an saya, pemuda itu terus ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata celah

Puisi
 

Sirih kuning celah lantai,
     Ayam putih berkokok lalu;
Adik kuning panjang lampai,
     Adik putih abang gemalu.


Lihat selanjutnya...(20)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
YELLOWTHROAT

Yellowthroat ialah burung siul hutan yang

hidup di Amerika Utara. Burung ini tinggal di

kawasan berumput basah dan rawang,

di tempat ia boleh bersembunyi di celah-celah

mensiang yang tinggi. Belakangnya berwarna

hijau buah zaitun dan lehernya berwarna

kuning-jingga terang.

UMUM 
RACUN HERBA

Racun herba ialah sebatian kimia yang digunakan

untuk mengawal dan memusnahkan tumbuhan yang

tidak dikehendaki. Racun herba kadangkala dikenali

sebagai racun rumpai. Petani menggunakan racun

herba untuk mengawal pertumbuhan rumpai di

celah-celah tanaman. Kita juga menggunakan racun

herba untuk menghapuskan rumpai di laman,

taman, kawasan perindustrian, dan kawasan-kawasan

lain.

UMUM 
PEMBELAUAN FRAUNHOFER

Berlaku apabila cahaya dari sumber cahaya yang selari dengan kanta dihalang oleh celah pembelau dan difokuskan ke atas layar menggunakan kanta di belakang celah tersebut sehingga jarak sumber cahaya dan layar adalah infinit dari celah pembelau.

FIZIKFenomena
NEBULA

Nebula ialah awan zarah debu dan gas di

angkasa. Istilah nebula berasal daripada perkataan

Latin yang bermaksud awan . Ahli astronomi awal

menggunakan istilah ini untuk galaksi jauh di luar

galaksi dunia, iaitu Bima Sakti. Galaksi tersebut

dikenal sebagai nebula ekstragalaksi . Ia kelihatan

seperti tompokan cahaya yang kabur di celah-celah

bintang. Tetapi teleskop moden menunjukkan

bahawa nebula ekstragalaksi sebenarnya ialah

sistem bintang yang serupa dengan Bima Sakti.

UMUM 
SUGI

SUGI, alat yang digunakan untuk mencungkil atau membersihkan sisa makanan yang terselit di celah-celah gigi ataupun yang terbenam di dalam lubang gigi yang berkawah.

BUDAYAAlat/Alatan
MOTOSIKAL

Motosikal, juga dikenali sebagai motor ialah

kenderaan yang beroda dua atau tiga, berkuasa

enjin petrol yang dipasang di bahagian tengah

antara roda depan dan roda belakang. Motosikal

mempunyai rangka yang lebih berat dan kuat

daripada basikal iaitu kenderaan yang menjadi asas

penciptaannya. Manusia di merata pelosok dunia

menggunakan motosikal sebagai pengangkutan

atau menunggangnya sebagai aktiviti sukan dan

rekreasi. Di seluruh dunia, polis menggunakan

motosikal dalam usaha mengejar dan mengawal

trafik kerana kenderaan tersebut boleh

dikendalikan dengan mudah di celah-celah lalu

lintas. Di Amerika Syarikat, sesetengah pasukan

bomba menggunakan motosikal untuk membawa

kakitangan perubatan ke tempat kemalangan. Di

bandar-bandar besar di United Kingdom dan di

tempat-tempat lain, motosikal digunakan untuk

menghantar dokumen dan bungkusan kecil.

UMUM 
KAKI MAKAN AIR

Kaki makan air ialah penyakit kulit yang

berjangkit yang menyebabkan gatal dan bersisik di

celah jari kaki dan di tapak kaki.

UMUM 
TEMBAKAU SEDUTAN

Tembakau sedutan ialah serbuk lembap atau

kering yang dibuat daripada daun pokok

tembakau. Tembakau mulu-mula ditapai oleh

haba dan lembapan kemudian dikeringkan dan

ditumbuk. Tembakau sedutan lembap diletakkan

di celah pipi dan gusi. Tembakau sedutan kering

mungkin dihidu melalui lubang hidung, digosok

pada gusi atau dicelup – iaitu diletakkan di dalam

mulut, biasanya di celah gusi dan bibir bawah.

Pelbagai perisa ditambah pada tembakau sedutan

untuk menambah rasanya. Pengambilan tembakau

sedutan boleh mengganggu saraf yang membawa

deria bau dan mengurangkan kebolehan

mengecam bau. Ramai doktor percaya bahawa

penggunaan tembakau sedutan meningkatkan

risiko menghidap kanser mulut dan penyakit gusi

yang lain.

UMUM 
TAY

Tay ialah sungai yang terpanjang di Scotland yang

mengalir sejauh 190 kilometer dari puncanya ke

Laut Utara. Sungai ini berpunca sebagai Sungai

Cononish di Ben Lui di Scotland Tengah dan

mengalir melalui Strath Fillan. Kemudian sungai ini

mengalir terus sebagai Sungai Dochart di celah

gunung-ganang dan mengalir masuk ke Tasik Tay.

Di sini sungai ini menjadi Sungai Tay dan mengalir

berliku-liku melalui Aberfeldy, Dunkeld, dan Perth

lalu masuk ke Teluk Tay.

UMUM 
SAXIFRAGE

Saxifrage adalah mana-mana satu daripada

sekumpulan tumbuhan yang kecil, tahan lasak yang

tumbuh di bahagian sejuk dan sederhana di

Hemisfera Utara. Tumbuhan ini diberi

nama saxifrage, yang bermakna pemecah

batu , kerana ia biasanya tumbuh pada batu-batan

atau di celah batu-batan.

UMUM 

Kembali ke atas