Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.lah] | چله

Definisi : 1. tempat yg terluang (sela, renggang) di antara dua benda; ~ dinding tempat yg terbuka di antara dua papan pd dinding (sela-sela dinding); ~ jari ruang di antara jari (sela­sela jari); 2. sampuk, perkataan (cakap) yg menyelang atau memenggal (perkataan orang): “Jemputlah minum,” ~ isterinya; 3. masa terluang (antara dua pekerjaan dll): tak ada ~ hendak pergi ke rumahmu; 4. ruang yg terluang: sesungguhnya dunia Islam, di ~ kelemahannya akan menjadi dunia sekular; ~ daun sudut atas di antara daun dan dahan (ranting) tempat tumbuhnya atau di antara dahan dan batang pokok; ~ suara Id lubang dlm halkum yg menerbitkan suara; ditaruh di ~ gigi pun tak cukup ki sangat sedikit (bkn makanan dll); mencelah 1. masuk di celah (orang dll), berada di celah-celah: perempuan itu ~ di antara kedua-dua anaknya yg sedang berkelahi itu; 2. memotong cakap orang, me­nyampuk: belum sempat saya menghabiskan perkataan saya, dia pun ~; saya tidak mahu ~ kata-katanya; 3. mulai masak dgn per­ubahan warna sedikit-sedikit tetapi belum merata (bkn buah-buahan spt rambutan, langsat dan duku); mencelah-celah masuk melalui celah-celah (orang ramai dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.lah] | چله

Definisi : 1 bahagian yg terluang (renggang) di antara dua benda; sela: ~ jari. 2 masa yg terluang (antara dua waktu): Tidak ada ~ hendak pergi ke rumahmu. mence­lah 1 masuk di celah-celah; berada di celah: Buah langsat kuning ~. 2 memotong percakapan orang; menyampuk: Belum sempat saya menghabiskan percakap­an saya, pemuda itu terus ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata celah

Puisi
 

Sirih kuning celah lantai,
     Ayam putih berkokok lalu;
Adik kuning panjang lampai,
     Adik putih abang gemalu.


Lihat selanjutnya...(20)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chomophytekomofitBiologiEkologiTumbuhan yang tumbuh di celah-celah batu yang penuh dengan sarap. Misalnya, kundang, Bouea sp. di atas bukit batu kapur.
psammonpsammonBiologiEkologiOrganisma yang terdapat di celah-celah butiran pasir.
intercellarantara selBiologiHistologi dan SitologiDi celah-celah sel, seperti ruang di dalam meristem, haluan hempedu di antara sel hati, pleksus dendrit di antara sel ganglion simpati, dan bahan seperti lamela tengah dan lain-lain.
anubiasanubiasPerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan timbul yang tumbuh di celah-celah batu dan tunggul kayu di kawasan air terjun. Anubias yang berasal dari Amerika Selatan ini sering digunakan untuk menghias akuarium. Jenis-jenis anubias termasuklah Anubias afzelii, Anubias barteri var. angustifolia dan Anubias barteri var. barteri.
glazing compoundsebatian upamKejuruteraanKejuruteraan BangunanSebatian yang digunakan untuk menampal celah-celah bingkai tingkap ataupun pintu semasa pemasangan kaca.
rock-garden planttumbuhan taman batuanLandskapTiadaTumbuhan yang dapat hidup di celah-celah batu dengan tidak memerlukan tanah yang banyak dan dapat bertahan da lam keadaan kering serta berbatu. Contohnya, tanaman kaktus.
mountain gap windangin genting gunungMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin tempatan yang bertiup melalui celah-celah gunung. Bandingkan angin kesan jet, angin ngarai, angin gunung.
many slit interferenceinterferens celah banyakFizikOptikCorak interferens yang terhasil apabila sumber cahaya koheren dan frekuensi yang hampir sama melalui susunan siri celah-celah yang sama lebarnya. Corak ini berbentuk jalur terang dan gelap.
pulviluspulvillusBiologiHistologi dan Sitologi1. Lapik, cuaran atau membran pada kaki atau pada celah-celah antara cakar serangga yang kadang-kadang berfungsi sebagai organ pelekat. 2. Lobys di bawah cakar. onikium; pulvinulus; kusyen.
ballast keellunas balastPelayaranTiadaLunas untuk mengukuhkan lagi kestabilan bot dengan memasukkan beban di celah-celah plat lunas atau beban dalam bentuk plat diikat di luar lunas.
12345678910...

Kembali ke atas