Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.la.ka] | چلاک

Definisi : 1. malang (bkn nasib seseorang), sial, tidak baik: nasibnya sungguh ~; 2. sesuatu yg menyebabkan penderitaan (kesusahan dll), kemalangan, kesialan: apabila sudah mendapat ~, seorang pun tidak datang menolong; 3. makian, keparat, jahanam, bedebah: anak sial, anak ~! 4. seruan utk menyatakan kemarahan (kekecewaan dll): Ah, ~, apalah nasib; ~ tiga belas malang sekali; mencelakakan menimbulkan (mendatangkan) celaka, menjahanamkan (merosakkan dll): lubang itu digali orang utk ~ kita; dia ~ setiap orang yg berkawan dengannya; kecelakaan bencana, kemalangan, kesusah­an, malapetaka: hidupnya terdesak dan mengalami ~ selalu; polis tidak ada di tempat ~ itu; perempuan itu mati kerana ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.la.ka] | چلاک

Definisi : 1 tidak baik (ttg nasib); tidak bahagia; malang; sial: ~ sungguh dia pagi itu, sudahlah terjatuh di tangga, ketinggalan pula wangnya di rumah. 2 = kecelakaan sesuatu yg mendatangkan kesusahan atau kesengsaraan; bencana; kemalang­an. 3 kata makian yg bermaksud bedebah atau jahanam: Si ~, pergi engkau dr sini! mencelakakan menyebabkan mendapat celaka; menjahanamkan: Mana ada orang tua yg hendak ~ anaknya? kecelakaan 1 bencana; kemalangan; celaka: Beliau telah mendapat ~ semasa merantau dahulu. 2 tertimpa atau ditimpa celaka: Jiran saya ~ baru-baru ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata celaka

Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Dibawa orang ke tepian;
Malang tangan celaka tangan,
     Dalam tangan untung bahagian.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Celaka ayam,
     padi masak makan ke hutan.

Bermaksud :

Nasib yang malang.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vesicant herbherba vasikaHerbaPemiawaianHerba yang boleh menyebabkan lepuh pada kulit. Contohnya, bunga pokok celaka (Plumbago indica), akar binasa (Plumbago rosea) dan celaka bukit (Plumbago zeylanica).
vesicantbahan vesikaHerbaTiadaBahan yang mengakibatkan atau mempunyai kecenderungan menyebabkan lepuh. Contoh herba ini ialah celaka bunga/cereka merah (Plumbago indica), akar binasa (P. rosea) dan celaka bukit/cereka putih (P. zeylanica).

Kembali ke atas