Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.la.ru] | چلارو

Definisi : ; bercelaru tidak tentu arah, tidak beraturan (berketentuan, keruan, dll), kacau-­bilau: rancangan kita yg ~ ini; mencelarukan menyebabkan celaru, me­ngacau-bilaukan: ~ fikiran; kecelaruan perihal bercelaru (bkn keadaan, fikiran, dll), keadaan kacau-bilau: ~ yg wujud apabila agama Taoisme, Hindu, dan Islam dianggap sama sudah jelas menunjukkan kejahilan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.la.ru] | چلارو

Definisi : ; bercelaru tidak tentu arah (ttg susunan dll); tidak keruan; kacau-bilau. mencelarukan menyebabkan celaru; mengacau-bilaukan: ~ fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata celaru


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kamala berasa ...... kerana keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah akan diumumkan pada minggu hadapan. Jawapan: gusar atau celaruAyat yang betul ialah, Kamala berasa celaru kerana keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah akan diumumkan pada minggu hadapan. - celaru bermaksud kacau-bilau (fikiran).Tatabahasa03.05.2010
CSR:Ceramuh Syariah dan RungkaianCSR:Celaru,Syariah dan RungkaianIstilah08.03.2011
SAJAK HARI GURU Adakah sajak ini mengikut peraturan seterusnya dipandukan jasa seorang guru kepada murid-murid? Saya bersesuaian dengan balasan munsyi jikalau yang diterima memberi jawapan yang memuaskan. TERIMA KASIH CIKGU (diabadikan kpd semua warga guru) Jasamu setinggi gunung, Baktimu terus disanjung, Khidmatmu semua junjung, Ilmumu agung tak berpenghujung. Sumbanganmu banjaran, Nafasmu ajaran, Lafazmu mantera jaran, Ilmumu tiada ganjaran. Pengorbanan insan guru, Di sinilah ilmu diburu, Guru lama ilmu baru, Tanpamu negara celaru. Tanpamu di manaku? Tiadamu bangsa beku, Tanpamu negara kaku, Kau pereka tingkah laku. Kau melahirkan ilmuwan gagah, Kau menjana ilmiawan penggah, Kau mencanai cendekiawan pegah, Keranamu bangsa megah. Hadirmu bangsa merlip, Bimbingan guru murid kerlip, Tanpamu segalanya selip, Sentuhanmu cukup ghalib. Guruku menabur jasa, Pembentuk anak bangsa, Ilmumu bangsa sasa, Keranamu nusa perkasa. Ilmumu cukup cermat, Segalanya sempurna nikmat, Guru pusaka warisan hikmat, Selamat bertugas selamat berkhidmat.Pihak kami mencadangkan pihak tuan untuk menghantar sajak ini ke majalah Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Tunas Cipta dan yang seumpamanya.  Sajak tuan akan dinilai seterusnya jika memenuhi kriteria yang ditentukan akan diterbitkan dalam salah satu majalah tersebut.Sastera09.07.2018

Kembali ke atas