Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.lo.par] | چلوڤر

Definisi : 1. banyak cakap, cerewet; 2. = ~ mulut bercakap ikut sesuka hati sahaja; keceloparan perihal celopar: dia berharap agar Irwan telah pulih drpd tersinggung akibat ~ mulut Abon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.lo.par] | چلوڤر

Definisi : 1 banyak bercakap; cerewet: ~ sungguh gadis itu sehingga hal-hal peri­badinya pun diceritakan kpd orang lain. 2 = ~ mulut bercakap sesuka hati; lancang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata celopar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan manakah yg betul celupar atau celopar dan apakah alasannya1. Celopar. 2. Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.Tatabahasa11.04.2015
Bahasa yang berkembang ialah bahasa yang dapat menerima kata atau perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu. Ahli Lembaga Bahasa di DBP seharusnya memasukkan kata atau perkataan yang lazim dituturkan bukan memasukkan kata atau perkataan yang dipinjam( curian ) daripada bahasa Inggeris semata-mata. Contoh penggunaan kata dan perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu tetapi tiada di dalam Kamus Dewan ialah : 1. guris ( gores ) 2. cincang ( cencang ) 3. ciplak ( jiplak ) 4. gabra ( gubra ) 5. taksub ( taasub ) 6. celupar ( celopar ) 7. istirehat ( istirehat ) 8. Ramadhan ( Ramadan ) 9. analisa ( analisis ) 10. stokin ( stoking ) 11. kerinting ( keriting ) 12. lagenda ( legenda ) 13. pensil ( pensel ) 14. mustika ( mestika ) 15. ole-ole ( oleh-oleh ) 16. kuayer ( koir ) dll

Encik Rizuan,

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.   

Lain-lain11.05.2010

Kembali ke atas