Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.lup] | چلوڤ

Definisi : ki tiruan, palsu, tidak asli; orang putih ~ orang yg hendak berlagak dll spt orang putih; tayar ~ tayar tua yg telah dibaharui bunganya; tukang ~ orang yg kerjanya mewarnai kain dll; bercelup 1. berlapis (bersalut); ~ emas ber­lapis air emas; 2. sl bercelur; ~ minyak ber­sumpah dgn memasukkan jari ke dlm minyak yg menggelegak utk menentukan kesalahan orang; mencelup 1. memasukkan (menenggelamkan, menyelamkan) ke dlm benda yg cair: sebelum digoreng pergedel itu mesti dicelup ke dlm telur; 2. memberi berwarna dgn memasuk­kannya ke dlm air berwarna (kain dll): ~ kain; 3. ki membentuk (fikiran, faham, semangat, dll), melatih, mengajar: mereka dicelup di Oxford dan di Cambridge; celupan hasil mencelup; pencelupan perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) mencelup: ~ kain; pencelup air dll yg berwarna utk mencelup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.lup] | چلوڤ

Definisi : tidak asli; palsu. emas ~ emas saduran. tayar ~ tayar lama yg telah dibaharui bunganya. bercelup berlapis; bersalut: ~ emas berlapis atau bersadur emas. mencelup mewarnai sesuatu (spt kain) dgn memasukkannya ke dlm air berwarna: ~ kain dgn warna biru. mencelupkan memasukkan sesuatu ke dlm cecair: ~ mata pen ke dlm dakwat. celupan apa-apa yg sudah dicelup; hasil mencelup. pencelup 1 bahan atau air berwarna utk mencelup. 2 orang yg kerjanya mencelup; tukang celup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata celup

Peribahasa

Kesat-kesat daun pimping,
     kalau kesat daun labu boleh dicelur.

Bermaksud :

Orang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. celur = celup ke dalam air mendidih.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ASSALAM, TUAN SAYA MAHU PENGERTIAN UNTUK PERKATAAN "CELOP"..Tidak ada perkataan celop dalam bahasa Melayu, yang ada ialah celup bermaksud tiruan atau tidak asli.Makna21.04.2012
Menterjemahkan perkataan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia1. Write-off (fixed assets) 2. Pecured rubber 3. Retread tyres1. Write-off = hapus kira 2. Precured rubber = getah praawet 3. Retread tyres = tayar celupIstilah03.10.2002

Kembali ke atas