Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.mar] | چمر

Definisi : 1. tidak bersih, kotor; 2. ki tidak mur­ni atau tidak baik (bkn nama, perkataan, dll): nama ayahnya kini sudah ~; membawa ~ datang bulan (haid); bercemar mengotorkan diri; ~-cemar merendahkan (mengotorkan) diri (dgn bercam­pur dgn orang yg lebih hina dll): mengapatah maka Datuk Bendahara hendak ~ dgn si Jebat; ~ duli = ~ (-cemar) kaki sl mencemar duli: silalah tuanku dgn Cik Puan ~ duli ke pantai pasir yg putih lumat itu berjalan-jalan mengambil angin kesihatan; ~ kain datang bulan (haid); mencemar; ~ duli bh (digunakan pd sultan atau raja) sudi datang (pergi) ke: baginda juga pernah ~ duli melawat Kem Tahanan Tanjung Bruas bersama-sama dgn rombongannya; mencemari 1. mengotori: sampah-sarap yg ~ tempat ini; 2. menodai, mencabuli (nama dll): gadis itu ~ kesucian dirinya; mencemarkan 1. menjadikan cemar, mengotorkan; 2. ki memburukkan (nama dll), mengejikan: kau ~ nama keluargamu; berbagai-bagai pengaruh luar mengubah dan kadangkala ~ cerita; tercemar dicemar; kecemaran 1. kekotoran; 2. keburukan (nama dll), kekejian: ia hendak melindungi keluarganya drpd ~ yg dilakukan oleh orang lain; pencemaran perbuatan mencemarkan (me­ngotorkan), pengotoran; ~ alam perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dgn sampah-sarap dsb; ~ bahasa penggunaan bahasa yg tidak betul di kalangan masyarakat; pencemar 1. orang yg mencemari atau mencemarkan maruah (diri, nama keluarga, dll); 2. bahan atau alat yg mencemari atau mencemarkan sesuatu (bahan lain, udara, dll): gas ini, spt ~ yg lain, amat berbahaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.mar] | چمر

Definisi : ; ~ hantu sj tumbuhan yg hidup di atas pokok-pokok lain, bendalu, Cassytha filiformis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.mar] | چمر

Definisi : 1 tidak bersih; kotor. 2 ki tidak baik (ttg nama); keji. bercemar berbuat sesuatu supaya menjadi cemar. ~ duli mengotorkan kaki (bermaksud sudi mengunjungi sesuatu tempat dan digunakan utk raja-raja saja). mencemari menjadikan cemar; mengotori: Tingkah laku yg tidak sopan telah ~ nama baiknya. mencemarkan 1 menyebab­kan menjadi cemar; mengotorkan: Dia ~ kawasan itu dgn sampah sarap. 2 ki memburukkan (ttg nama); mengeji­kan: Dia ~ nama baik keluarganya dgn melakukan perkara-perkara yg tidak baik. tercemar menjadi cemar: Namanya ~ oleh kelakuannya yg tidak senonoh. pencemaran perihal mencemari atau mencemarkan; pengotoran: Masalah ~ udara sering dihadapi oleh negara-negara yg sedang membangun. ~ alam pencemaran kebersihan alam (udara, air dan daratan) dgn sampah sarap dsb. ~ bahasa penggunaan bahasa yg tidak betul di kalang­an masyarakat. pencemar 1 orang yg mencemarkan. 2 sesuatu atau bahan yg mencemari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cemar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sludge treatmentolahan enap cemarKejuruteraanTiadaProses olahan yang terdiri daripada pemekatan, penyesuaian dan penyahairan ke atas enap cemar sebelum enap cemar itu dilupuskan.
secondary pollutantbahan cemar sekunderKejuruteraanTiadaBahan cemar yang terbentuk daripada bahan cemar primer hasil tindak balas fotokimia, hidrolisis atau pengoksidaan, contohnya kabut dan hujan asid.
secondary air pollutantbahan cemar sekunderKejuruteraanTiadaBahan cemar yang terbentuk daripada bahan cemar primer hasil tindak balas fotokimia, hidrolisis atau pengoksidaan, contohnya kabut dan hujan asid.
excess sludgeenap cemar lebihanKejuruteraanTiadaEnap cemar yang berlebih daripada keperluan yang disingkirkan daripada tangki enap sekunder dalam proses enap cemar teraktif likuor tercampur.
surplus sludgeenap cemar lebihanKejuruteraanTiadaEnap cemar yang berlebih daripada keperluan yang disingkirkan daripada tangki enap sekunder dalam proses enap cemar teraktif likuor tercampur.
waste sludgeenap cemar lebihanKejuruteraanTiadaEnap cemar yang berlebihan daripada keperluan yang disingkirkan daripada tangki enap sekunder dalam proses enap cemar teraktif likuor tercampur.
sludge disposallupus enap cemarKejuruteraanTiadaProses membuang enap cemar sama ada secara penunuan, kambus tanah atau dijadikan baja, bergantung pada kesesuaian enap cemar.
air quality diffusion modelmodel resapan kualiti udaraKejuruteraanTiadaModel matematik untuk menghubungkan pelepasan bahan cemar dengan kepekatan bahan cemar dalam atmosfera melalui proses resapan.
sludge agemasa tahanan pepejalKejuruteraanTiadaJangka masa enap cemar atau pepejal terampai berada dalam pengolahan biologi dan dinilai dengan membahagi berat enap cemar dalam tangki dengan berat enap cemar yang dikeluarkan setiap hari.
effluent dehydration systemsistem penyahairan enap cemarPertanianAgroteknologiKaedah memerah air daripada enap cemar bahan kumbahan bagi menghasilkan bahan yang boleh dikeringkan dan digunakan sebagai baja organik. Antara kaedah penyahairan ini adalah dengan menggunakan penekan skru yang besar untuk menekan dan memerah supaya air dikeluarkan daripada enap cemar.
12345678910...

Kembali ke atas