Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.mas] | چمس

Definisi : 1. = ~ hati berasa takut dan risau (gelisah, bimbang): dia ~ menanti kelahiran anak sulungnya; 2. = cemas-cemas hampir­hampir terjadi sesuatu, nyaris-nyaris: masa terlanggar itu, ~ dia tersungkur; bercemas menaruh rasa cemas (gelisah, bimbang); mencemaskan menimbulkan perasaan cemas (gelisah, bimbang), menakutkan, membim­bangkan, merisaukan: sikapnya yg kasar itu ~ aku; tercemas gelisah, bimbang, khuatir; kecemasan 1. ketakutan, kebimbangan, kegelisahan, kekhuatiran: mereka kelihatan ~ kerana takut mati kelaparan; 2. keadaan bahaya, darurat: setiap saat mereka berada dlm keadaan bahaya dan ~; pencemas 1. lekas berasa cemas; 2. orang yg lekas berasa cemas, penakut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.mas] | چمس

Definisi : 1 = ~ hati berasa gelisah (bimbang, takut); ragu-ragu: Banyak murid yg ~ ketika menunggu keputusan peperiksaan. 2 = cemas-cemas hampir-hampir berlakunya sesuatu; nyaris-nyaris: Ketika melintasi jalan raya itu tadi, beliau ~ dilanggar kereta. mencemaskan menim­bulkan perasaan cemas (gelisah dsb); menakutkan; menggentarkan: Segala ancaman musuh tidak ~ kita. kecemasan 1 keadaan atau hal cemas; kegelisahan; ketakutan: Bunyi letupan pd malam itu menimbulkan ~ di kalangan penduduk kampung itu. 2 keadaan bahaya; darurat: Jika berlaku sebarang ~, keluarlah melalui pintu ini. pencemas orang yg lekas cemas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cemas


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
hingewordtitik gentingtitik cemastitik cemasKesusasteraan
panic alarmalarm panikpenggera cemaspenggera cemasKejuruteraan
distress messagepesan distrespesanan cemaspesanan cemasKejuruteraan Kapal Terbang
emergency landingpendaratan daruratpendaratan cemaspendaratan cemasKejuruteraan Kapal Terbang
first-aid cushionbantalan pertolongan pertamakusyen pertolongan cemaskusyen pertolongan cemasKejuruteraan
first aid kitkit pertolongan pertamakit pertolongan cemaskit pertolongan cemasKejuruteraan
emergency shutdown valvekatup penutupan daruratinjap penutupan cemasinjap penutupan cemasKejuruteraan
emergency safety valvekatup keselamatan daruratinjap keselamatan cemasinjap keselamatan cemasKejuruteraan
emergency locator transmitter (ELT)pemancar lokasi darurattransmiter lokasi cemastransmiter lokasi cemasKejuruteraan Kapal Terbang
anxicityansietas; cemas gelisahTiadaanziatiPerubatan
123

Kembali ke atas