Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cem.bu.ru] | چمبورو

Definisi : 1. iri hati (kerana orang lain pandai, berharta, dll); 2. kurang percaya atau syak wasangka (takut-takut suami mempunyai kekasih lain dll), curiga: hatinya berasa ~ apabila melihat isterinya bercakap-cakap dgn temannya; 3. hati-hati atau berjaga-jaga (kerana takut kesucian adat, agama, dll dikotori atau dinodai): mereka menjaga adat resam mereka dgn perasaan ~; ~ buta cemburu tanpa sebab atau cemburu membuta tuli; bercemburu berasa cemburu; mencemburui 1. iri hati akan; 2. mencurigai, mengesyaki; 3. menjaga: orang Melayu sangat kuat berpegang pd agama dan ~ agama mereka; mencemburukan 1. iri hati (akan seseorang atau sesuatu): apa benar yg dicemburukan oleh mereka itu; 2. menimbulkan cemburu (iri hati, curiga, syak wasangka); cemburuan 1. = bercemburuan saling cemburu; 2. iri hati; kecemburuan 1. perihal cemburu; 2. kecuri­gaan, syak; pencemburu (orang yg) bersifat cemburu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cem.bu.ru] | چمبورو

Definisi : 1 tidak senang melihat kelebih­an orang lain; iri hati. 2 kurang percaya (kerana takut hilang atau diambil oleh orang lain); curiga: Ia ~ melihat suaminya bercakap-cakap dgn perempuan lain. bercemburu berasa cemburu. mencemburui 1 berasa iri hati kpd (ter­hadap). 2 menaruh syak atau curiga terhadap; mencurigai; mengesyaki. men­cem­­burukan menimbulkan rasa cemburu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cemburu

Peribahasa

Mencongak (= mendongak) rupa kerbau jantan kemudian.

Bermaksud :

Lelaki yang berjalan dengan cemburu di belakang isterinya. mencongak = mengangkat kepala, mendongak.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya difahamkan bahawa perkataan 'untuk' dan 'demi' digunakan di hadapan kata nama/frasa nama. Namun dalam banyak situasi, perkataan 'untuk/demi' juga diletakkan di hadapan kata kerja. Contoh: (1) Saya perlu berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang. (2) Kita perlu mengikis segala perasaan iri hati dan cemburu demi memperkukuh parti. Adakah penggunaan 'untuk' dan 'demi' dalam kedua-dua ayat di atas dibenarkan? Penggunaan sedemikian tidak terdapat dalam Dewan Tatabahasa.Perkataan untuk/demi berfungsi sebagai kata sendi nama dan hadir sebelum kata nama dan juga berfungsi sebagai kata hubung keterangan dan hadir sebelum kata kerja.Tatabahasa25.07.2018
Salam, kenapakah kamus ada istilah "hasad dengki" padahal kedua-dua kata itu menyampaikan maksud yang sama? Apakah ada perbezaan makna antara hasad dan dengki? Harap jangan "copy-paste" definisi kamus dalam jawapan. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, “hasad” bermaksud niat dan keinginan untuk melakukan atau memperoleh sesuatu atau hasrat dan “dengki” bermaksud tidak suka pada seseorang kerana cemburu akan kelebihan yang dimiliki. Manakala “hasad dengki” pula bermaksud sangat iri hati terhadap kelebihan dan kejayaan seseorang, biasanya disertai dengan niat jahat.Makna11.10.2022
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Saya ada satu pertanyaan dengan perkataan SENTAP dan JEALOUS. Adakah persamaan ke tidak dari 2 perkataan ini. Minta makluman segera dari pihak tuan/puan. Sekian, terima kasihSentap bermaksud menyentap menarik kuat-kuat dengan tiba-tiba. Adapun perkataan sentap yang digunakan dalam bahasa percakapan yang dikaitkan dengan emosi atau cara seseorang respons terhadap sesuatu isu tidak digunakan dalam konteks rasmi. Terjemahan jealous ialah cemburu.Istilah15.09.2015

Kembali ke atas