Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cem.bu.ru] | چمبورو

Definisi : 1. iri hati (kerana orang lain pandai, berharta, dll); 2. kurang percaya atau syak wasangka (takut-takut suami mempunyai kekasih lain dll), curiga: hatinya berasa ~ apabila melihat isterinya bercakap-cakap dgn temannya; 3. hati-hati atau berjaga-jaga (kerana takut kesucian adat, agama, dll dikotori atau dinodai): mereka menjaga adat resam mereka dgn perasaan ~; ~ buta cemburu tanpa sebab atau cemburu membuta tuli; bercemburu berasa cemburu; mencemburui 1. iri hati akan; 2. mencurigai, mengesyaki; 3. menjaga: orang Melayu sangat kuat berpegang pd agama dan ~ agama mereka; mencemburukan 1. iri hati (akan seseorang atau sesuatu): apa benar yg dicemburukan oleh mereka itu; 2. menimbulkan cemburu (iri hati, curiga, syak wasangka); cemburuan 1. = bercemburuan saling cemburu; 2. iri hati; kecemburuan 1. perihal cemburu; 2. kecuri­gaan, syak; pencemburu (orang yg) bersifat cemburu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cem.bu.ru] | چمبورو

Definisi : 1 tidak senang melihat kelebih­an orang lain; iri hati. 2 kurang percaya (kerana takut hilang atau diambil oleh orang lain); curiga: Ia ~ melihat suaminya bercakap-cakap dgn perempuan lain. bercemburu berasa cemburu. mencemburui 1 berasa iri hati kpd (ter­hadap). 2 menaruh syak atau curiga terhadap; mencurigai; mengesyaki. men­cem­­burukan menimbulkan rasa cemburu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cemburu

Peribahasa

Mencongak (= mendongak) rupa kerbau jantan kemudian.

Bermaksud :

Lelaki yang berjalan dengan cemburu di belakang isterinya. mencongak = mengangkat kepala, mendongak.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Cemburu membawa akibatOscar Book InternationalTiada1995967-941-283-0
Cemburu seorang perempuanCreative EnterpriseTiada2003983-893-522-0
Pengaruh cemburuTanjong Malim PressTiada1939 
Kebinasaan cemburuDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Akibat cemburuDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20079836294678
Pengaroh cemburuTanjong Malim StoreTiada1939 
Kebinasaan cemburu atau kesalan hidupTruna PressTiada1937 
Kebinasaan cemburuTruna PressTiada1937 
Karenamu aku cemburu: curahan hati seorang istriDinas Pariwisata dan Kabudayaan Kabupaten GarutTiada2007979-1367-08-0
Bahana api cemburuDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20049836281894
12

Kembali ke atas