Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.me.ti] | چمتي

Definisi : cambuk, pecut, penyebat (kuda dll); ~ dewa (malaikat) petir; mencemeti menyebat dgn cemeti, men­cambuk, memecut: maka oleh Patan itu dicemetinya kuda itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.me.ti] | چمتي

Definisi : tali yg diberi bertangkai utk menyebat sesuatu; cambuk; pecut. ~ malaikat petir. mencemeti menyebat dgn cemeti; mencambuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cemeti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
whip antennaantena cemetiKejuruteraanTiadaTiada
vibration-whippinggetar cemetiKejuruteraanTiadaGetaran kapal yang terhasil daripada daya hentaman yang sama dengan frekuensi tabiinya dan kemudiannya beransur ke keadaan pegun.
whip-like structurestruktur bak cemetiPerikananTiadaTiada
whip-lashlike tailekor bak cemetiVeterinarTiadaTiada
flagellaflagelumPerubatanTiadaStruktur seperti cemeti yang lebih panjang daripada silia yang merupakan ekstensi dalam sesetengah sel dengan jasad basal di pangkalnya, hayunannya menyebabkan lokomosi atau pergerakan air pada sel. Biasanya terdapat secara tunggal atau dalam kumpulan yang kecil bilangannya.
bluesbluesKesusasteraanTiadaLagu bernada sayu yang mendendangkan penderitaan dan kekosongan hidup yang diiringi oleh muzik gita. Blues berasal daripada jeritan spontan hamba abdi dan banduan berkulit hitam di negeri Selatan Amerika, dan memperlihatkan penderitaan mereka. Tema blues menyentuh tentang penindasan dan penderitaan termasuklah kehilangan cinta. Imejnya pula berkisar di sekitar kereta api, penjara, rantai besi, cemeti dan beliung, malahan semua unsur ini adalah lumrah dalam penulisan lirik blues. Blues biasanya terdiri daripada susunan lirik berbari tiga yang diulang-ulang. Lagu seperti ini disebut blues hanya selepas diperkenalkan ke dalam Aliran utama muzik popular Amerika. Ramai penyair Afro-Amerika seperti Langston Hughes menggunakan bentuk blues sebagai asas puisi mereka.

Kembali ke atas