Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cendana;

Puisi
 

Cendana sarang tempurung,
     Encik Tambun menggulai siput;
Nyawa merat seperti burung,
     Laksana embun di hujung rumput.


Lihat selanjutnya...(14)

Pantun

PantunSumberTema
Ungkit-ungkit kayu cendana, Cendana tempat ara berbunga; Cik adik abang nak bertanya, Di mana tempat syurga dunia?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cendana sarang tempurung, Encik Tambun menggulai siput; Nyawa merat seperti burung, Laksana embun di hujung rumput.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kayu cendana titian beruk, Orang menebang kayu beraksa; Hamba ini orang buruk, Tambah hina tidak berbangsa.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Wangilah minyak kayu cendana, Dapat menjadi ubat penawar; Hatilah muak dirayu juga, Lambat kaki tangan menampar.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Rumah kecil tiang cendana, Rumah besar dimakan api; Adik kecil abang nak tanya, Dengar khabar ditinggal laki.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Racik-racik kayu cendana, Kayu kira di dalam puan; Wahai cik adik abang nak tanya, Boleh tak kita berjual pantun.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kurang kapur tambah cendana, Burung punai atas keranji; Kami juga akan bertanya, Menunai akan segala janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Telur angsa sarang setalam, Cendana sarang tempurung; Embun menitik serata alam, Nyawa melarat seperti burung.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau berbaring bertengadah, Luruslah batang kayu cendana; Kalaulah adik berpaling tadah, Kuruslah abang layu merana.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Cari galah kayu di hutan, Singgah menetak cendana gaharu; Minta doa mudah-mudahan, Boleh rezeki datang selalu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
12

Kembali ke atas