Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cendana;

Puisi
 

Cendana sarang tempurung,
     Encik Tambun menggulai siput;
Nyawa merat seperti burung,
     Laksana embun di hujung rumput.


Lihat selanjutnya...(14)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaUngkit-ungkit kayu cendana, Cendana tempat ara berbunga; Cik adik abang nak bertanya, Di mana tempat syurga dunia?
Kurik Kundi Merah SagaCendana sarang tempurung, Encik Tambun menggulai siput; Nyawa merat seperti burung, Laksana embun di hujung rumput.
Kurik Kundi Merah SagaKayu cendana titian beruk, Orang menebang kayu beraksa; Hamba ini orang buruk, Tambah hina tidak berbangsa.
Kurik Kundi Merah SagaRumah kecil tiang cendana, Rumah besar dimakan api; Adik kecil abang nak tanya, Dengar khabar ditinggal laki.
Kurik Kundi Merah SagaRacik-racik kayu cendana, Kayu kira di dalam puan; Wahai cik adik abang nak tanya, Boleh tak kita berjual pantun.
Kurik Kundi Merah SagaKurang kapur tambah cendana, Burung punai atas keranji; Kami juga akan bertanya, Menunai akan segala janji.
Kurik Kundi Merah SagaTelur angsa sarang setalam, Cendana sarang tempurung; Embun menitik serata alam, Nyawa melarat seperti burung.
Kurik Kundi Merah SagaCari galah kayu di hutan, Singgah menetak cendana gaharu; Minta doa mudah-mudahan, Boleh rezeki datang selalu.
Kurik Kundi Merah SagaTetak buluh buat rakit, Hendak memuat kayu cendana; Ubatlah abang sakit adik, Kalau tak ubat adik merana.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh harum bau gaharu, Tidak samalah dengan cendana; Sungguh banyak orang yang baru, Tidaklah sama orang yang lama.
12

Kembali ke atas