Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cen.de.ra.ha.ti] | چندراهاتي

Definisi : cenderamata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cenderahati


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara cenderamata dan cenderahati? Mengikut PRPM, takrif cenderahati adalah sama dengan cenderamata. Namun kursus yang saya pernah hadiri menyatakan cenderamata adalah benda yang kekal seperti plaque manakala cenderahati adalah benda yang boleh digunakan dan tidak kekal seperti buah-buahan.Cenderamata dan cenderahati kedua-duanya merujuk sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda ingatan tanpa dibezakan jenis atau spesifikasi pemberian tersebut. Penggunaan yang telah lama mantap ialah cenderamata, namun pada suatu ketika muncul kata "cenderahati" untuk menggambarkan sesuatu yang diberi itu lebih ikhlas.Tatabahasa07.02.2014
cenderahati atau cenderamatacenderamata- seperti sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda penghargaan.Istilah13.03.2012
CENDERAMATA CENDERAHATICENDERAMATA CENDERAHATIEjaan06.11.2014
salam.... apa itu cenderamata dan cenderahati..Cenderamata dan cenderahati kedua-duanya merujuk sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda ingatan.Istilah08.06.2011
yang manakah betul untuk digunakan cenderamata atau cenderahatiCenderamata, cenderahati, cenderadurja atau tanda mata ialah perkataan yang bersinonim (mempunyai makna yang sama atau hampir sama). Kesemuanya betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, perkataan yang sering/biasa digunakan ialah cederamata.Lain-lain07.05.2005
1. Perbezaan di antara cenderahati dengan cenderamata?

Kedua-dua entri ‘cenderamata’ dan ‘cenderahati’ terakam dalam Kamus Dewan. Cenderamata dan cenderahati kedua-duanya merujuk sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda ingatan tanpa dibezakan jenis atau spesifikasi pemberian tersebut. Penggunaan yang telah lama mantap ialah cenderamata, namun pada suatu ketika muncul kata "cenderahati" untuk menggambarkan sesuatu yang diberi itu lebih ikhlas.

 

Istilah07.10.2014
Asslamualaikum wbt. Tuan, Mohon bertanya, perkaratan cenderahati/cenderamata adakah perlu ditulis jarak. Terima kasihEjaan yang betul bagi cenderahati/cenderamata ialah CENDERAMATA/CENDERAHATIEjaan18.04.2018
Nazimah Yaakob Oct 7th, 8:49pm Assalamualaikum Saya hendak bertanya tentang penggunaan 'cenderahati' & 'cenderamata' manakah yang paling tepat?Kedua-dua entri ‘cenderamata’ dan ‘cenderahati’ terakam dalam Kamus Dewan. Cenderamata dan cenderahati kedua-duanya merujuk sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda ingatan tanpa dibezakan jenis atau spesifikasi pemberian tersebut. Penggunaan yang telah lama mantap ialah cenderamata, namun pada suatu ketika muncul kata "cenderahati" untuk menggambarkan sesuatu yang diberi itu lebih ikhlas.Makna07.10.2014
apakah perbezaan penggunaan kata cenderamata dan cenderahati? Apakah makna tersendiri kata cenderamata dan cenderahati?kedua-dua membawa maksud yang sama. cenderamata 1. sesuatu yg diberikan kpd orang lain sbg tanda ingatan, cenderadurja, cenderahati, tanda mata; 2. kekasih, buah hati.Tatabahasa10.07.2007
Ingin tahu penggunaan yang betul perkataan cenderamata atau cenderahati bagi maksud hadiah kepada tetamu sesuatu majlis.Kedua-dua entri ‘cenderamata’ dan ‘cenderahati’ terakam dalam Kamus Dewan. Cenderamata dan cenderahati kedua-duanya merujuk sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda ingatan tanpa dibezakan jenis pemberian atau tetamu kehormat yang menerimanya.Makna15.10.2014
123

Kembali ke atas