Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cen.de.rai] | چندراي

Definisi : sj tumbuhan (pokok kecil), Grewia spp.; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), a) Grewiafibrocarpa; b) = ~ paya sj tumbuhan (pokok), Grewia miqueliana; akar ~ sj tumbuhan (pokok), Grewia umbellata; cenerah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cenderai


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cenderaicenderaiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Brewia spp., daripada famili Tiliaceae. Nama lain di Semenanjung ialah damak-damak dandan spesies utama kayu cenderai termasuk Grewia antidesmaefolia, G. blattaefolia, dan G. laurifolia. Gubal kayu cenderai sukar dibezakan daripada teras kayunya , yang biasanya berwarna kecoklatan.Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang bersimpul dan terpilin. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 414 hingga 770 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras dan sederhana berat. Kayu ini sukar digergaji, diketam, dan dikeringkan. Kayu cenderai mudah dikerjakan, dikeringkan, dan kemas siap, tetapi tidak mempunyai sifat ketahanan semula jadi yang baik. Kayu ini sesuai digunakan untuk membuat hulu peralatan, dan kayu jaras yang memerlukan ketegaran.
Microcos tomentosaCenderaiPertanianTiadaPokok daripada famili Tiliaceae, jenis kecil hingga sederhana tinggi yang hidup liar di belukar dan hutan sekunder. Kanopinya padat berbentuk bulat. Batangnya berwarna kelabu keperangan. Hampir keseluruhan pokok berbulu halus. Pucuk mudanya berwarna merah jambu keperangan. Daunnya bujur panjang atau obovat. Permukaan bawah daun berwarna hijau keputihan. Bunganya kecil, berwarna kuning dan berbau harum. Buahnya kecil dan berbiji satu. Buah muda hijau dan yang masak berwarna hitam. Buah yang masak rasanya manis dan boleh dimakan. Air rebusan akar daun cenderai diminum untuk mengubati demam dan sakit perut. Daunnya dibuat ubat pupuk untuk meredakan gatal-gatal kulit. Daun dan kulit batang digunakan sebagai ubat sapu untuk meredakan cirit-birit dan sakit perut. Buih yang terhasil daripada ranting yang dibakar digunakan untuk menghilangkan parut kudis.
Microcos tomentosacenderaiHerbaBotani dan BioteknologiPokok daripada famili Tiliaceae, jenis kecil hingga sederhana tinggi yang hidup liar di belukar dan hutan sekunder. Kanopinya padat berbentuk bulat. Batangnya berwarna kelabu keperang-perangan. Hampir keseluruhan pokok berbulu halus. Pucuk mudanya berwarna merah jambu keperang-perangan. Daunnya bujur panjang atau obovat. Permukaan bawah daun berwarna hijau keputih-putihan. Bunganya kecil, berwarna kuning dan berbau harum. Buahnya kecil dan berbiji satu. Buah muda berwarna hijau dan buah masak berwarna hitam. Buah yang masak rasanya manis dan boleh dimakan. Air rebusan akar daun cenderai diminum untuk mengubati demam dan sakit perut. Daunnya dibuat ubat pupuk untuk meredakan gatal-gatal kulit. Daun dan kulit batang digunakan sebagai ubat sapu untuk meredakan cirit-birit dan sakit perut. Buih yang terhasil daripada ranting yang dibakar digunakan untuk menghilangkan parut kudis.
chandarai (Grewia spp.)cenderai (Grewia spp.)PertanianTiadaTiada

Kembali ke atas