gift shop | kedai cenderamata | Pelancongan | Tiada | Kedai yang menjual pelbagai cenderamata yang melambangkan sesebuah tempat, destinasi atau negara. |
souvenir programmed | buku cenderamata | Komunikasi | Korporat | Penerbitan bercetak yang mengandungi maklumat berkaitan dengan pengurusan sesuatu acara oleh sesebuah syarikat atau organisasi. Hasil penerbitan biasanya dengan format buku. Isi kandungan buku ini biasanya ringkas dan padat tetapi mempunyai daya tarikan untuk dibaca dalam tempoh masa yang singkat. Ciri utama buku cenderamata ialah halaman muka hadapan yang menarik dan boleh melanmbangkan citra korporat sesebuah organisasi atau syarikat. Kandungannya juga menjelaskan tentang acara yang dijalankan dan organisasi yang menjayakan sesuatu acara. Maklumat lain yang turut dimasukkan ialah objektif, misi, tema acara, dan kandungan ucapan penghargaan, atur cara majlis, dan senarai penaja. Reka bentuk dan reka letak penerbitan biasanya disesuaikan dengan tema acara. |
giftware | barang cenderamata | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
souvenir menu | menu cenderamata | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Menu yang dihadiahkan kepada pelanggan sebagai tarikan kepada pelanggan. |
gift shop | kedai cenderamata | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
novelty | perhiasan kecil; ke(baharuan) | Kesenian | Tiada | Citra yang bersaiz kecil, unik, dan menarik yang lazimnya dijadikan sebagai cenderamata. |
bazaar | bazar | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kawasan perniagaan yang luas dipenuhi dengan unit- unit perniagaan runcit yang menjual barang yang murah seperti cenderamata dan sebagainya. Biasanya wujud di negara-negara Timur Tengah dan India. |
miniature sheet | lembaran kecil | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Lembaran kertas kecil yang mengandungi satu atau lebih setem kenang-kenangan daripada keluaran yang sama untuk tujuan cenderamata. |
signature plate | plat pengenalan; plat tandatangan | Perniagaan | Tiada | 1. Lambang atau simbol bermakna yang digunakan dalam tulisan dan dijadikan sebagai tanda pengenalan. 2. Cap atau plat yang terterap tandatangan dan dijadikan sebagai tanda pengenalan atau cenderamata. |
oil drying | pengeringan minyak | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Proses mengeringkan kayu dengan memasukkannya ke dalam minyak yang dipanaskan pada suhu yang lebih suhu didih air, pada atau kurang daripada tekanan atmosfera. Cara ini hanya sesuai bagi barangan kayu yang kecil seperti raket dan cenderamata ukiran kayu. |