Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cen.de.rung] | چندروڠ

Definisi : 1. tidak tegak, condong, senget; 2. menaruh minat (keinginan, kasih, dsb) terhadap sesuatu, suka (akan sesuatu atau melakukan sesuatu), menunjukkan kegemaran kpd: ia lebih ~ membaca novel; 3. berpihak kpd, memilih pihak, menyebelahi, condong: hakim yg adil tidak ~ kpd pihak mana pun; 4. sl lereng bukit (jurang, tebing, dll) yg curam: ~ yg tinggi lagi terjal; mencenderungkan menyebabkan (men­jadikan) cenderung, menyebabkan seseorang berminat (suka, gemar) pd sesuatu: dlm artikel ini, tumpuan akan diberikan kpd peranan ibu bapa membentuk personaliti anak-anak yg ~ mereka kpd penyalahgunaan dadah; kecenderungan kesukaan (keinginan, ke­mahuan), kecondongan (bkn bakat, hati): pendapat pentafsir itu bergantung pd ~nya; kaedah mengajar ini mesti disesuaikan dgn ~ kanak-kanak; berkecenderungan menunjukkan atau mem­punyai kecenderungan (terhadap sesuatu atau utk melakukan sesuatu): sudah ada kes yg menunjukkan bahawa pelarian Vietnam yg sudah biasa dgn kehidupan huru-hara itu ~ utk mencipta fenomena serupa itu di sini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cen.de.rung] | چندروڠ

Definisi : 1 ada minat pd sesuatu; suka akan: Ia ~ membaca. 2 tidak tegak; condong; senget. kecenderungan 1 apa-apa yg diminati atau disukai; kesukaan; kemahuan: Kaedah mengajar di sekolah rendah ini disesuaikan dgn ~ kanak-kanak. 2 perasaan cenderung pd atau suka akan sesuatu: ~nya dlm bidang muzik telah mendorongnya mendalami bidang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cenderung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
menebang pokok yang cenderung.. tuan, mengikut kamus, cenderung bermaksud 2 tidak tegak; condong; senget adalah ayat ini betul? bolehkah tuan kasi contoh yang sesuai untuk kegunaan cenderung dalam aspek tidak tegak. TQ

contoh ayat yang diberikan adalah betul. contoh lain ialah : meriam besi itu cenderung ke arah baruh.

Tatabahasa17.09.2011
Boleh bagi pengesahan jika ayat ini memang betul dari segi tatabahasa dan pengunaan perkataan "cenderung">> "Kaedah mengajar di sekolah rendah ini disesuaikan dengan cenderung kanak-kanak" Ayat diatas dipetik dari carian dlm web ini untuk penacarian "cenderung"Ayat yang betul ialah kaedah mengajar di sekolah rendah ini disesuaikan dengan kecenderungan kanak-kanak. Kami mohon maaf atas kekeliruan tersebut.Tatabahasa18.01.2018
KDE4 cenderung menggunakan bentuk "jawaban" dan "kewajiban" dlm ayat contohnya berbanding bentuk "jawapan" dan "kewajipan". Apa komen pihak Tuan tentang hal ini.Bentuk standard sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai betul dan rasmi ialah sebagaimana yag terdapat pada perkataan yang ditakrifkan. Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk standard ini, atau sebagai muatan rujuk silang, merupakan variasi kepada bentuk standard dan terdiri daripada variasi kata, dan dalam hal-hal tertentu sahaja variasi ejaan. Variasi kata diperturunkan, terutamanya untuk kepentingan kajian bahasa. Di samping itu ada juga kemungkinannya seseorang pengguna bahasa Melayu yang menemui sesuatu variasi kata dan tidak dapat mengenal pasti atau mengesani bentuk standardnya akan mendapat manfaat daripada rujuk silang yang diberikan dalam kamus ini. Oleh itu, bentuk standardnya ialah jawaban dan kewajiban. Variasi kata pula ialah jawapan dan kewajipan. Sekian, terima kasih.Tatabahasa27.12.2006
Mengapa ayat-ayat berikut salah? a) Tolong! Tolong! Ada orang lemas di sungai! b) Majikan lebih cenderung mengambil pekerja dari kalangan pendatang asing.Ayat pertama betul dan ayat kedua dibetulkan menjadi Majikan lebih cenderung mengambil pekerja daripada kalangan pendatang asing.Tatabahasa23.11.2012
Apakah padanan "business-minded" dalam bahasa Melayu? Terima kasih.Perkataan business minded apabila  digunakan  dalam ayat  bermaksud cenderung dalam perniagaan. Cth. a business minded family diterjemahkan sebagai keluarga yang cenderung dalam perniagaan.  Makna22.02.2009
Apakah perbezaan maksud agresif dengan permusuhan?Agresif bermaksud cenderung menyerang (negara lain) atau berlaku (bertindak dsb) secara bermusuhan terhadap pihak (negara dsb) yg lain, bersifat suka menyerang (bermusuhan, bersengketa, dsb). Manakala permusuhan pula bermakna  perihal bermusuh atau perseteruan.Makna21.08.2016
Salam sejahtera. Ingin mendapat kepastian daripada DBP tentang penggunaan "berputik". Istilah ini lebih cenderung kepada kegunaan positif ataupun negatif?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, "berputik" bermaksud mulai mempunyai putik, mulai berbuah; menampakkan tanda-tanda akan berjaya (usaha dan lain-lain).
Contoh ayat:
1)  Pokok-pokok durian di kampung sekarang sudah berputik.
2)  Cinta antara mereka berdua  mula berputik
Tatabahasa01.10.2022
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR PEREMPUAN LEBIH BERMINAT MEMBACA NOVEL MANAKALA PELAJAR LELAKI LEBIH CENDERUNG MEMBACA KOMIKSalah satu faktor yang emungkinkan kecenderungan tersebut ialah persikataran, walau bagaimanapun hal ini memerlukan kajian yang lebih mendalam, sila h rujuk buku atau makalah yang berkaitan. terima kasih.Lain-lain23.12.2008
Apakah perbezaan antara menamakan dengan menamai? Kelihatan banyak konteks yang memerlukan penggunaan menamai tetapi masyarakat cenderung hanya menggunakan menamakan.Bagi membezakan penggunaan me...i dan me... kan, tuan boleh menggunakan rumus, iaitu apitan me ...i perlu menerima orang sebagai objek manakala apitan me..-kan menerima objek bukan orang. Tuan boleh menggunakan kata tanya siapa dan apa bagi membezakan penggunaan yang tepat. Contohnya, menamai siapa? menamakan apa? menemui siapa? menemukan apa?Tatabahasa19.11.2013
Saya ingin menanya samada perkataan ini dieja dengan betul "kompetatif'. Terima kasihEjaan yang betul ialah bersifat persaingan, cenderung atau suka bersaing.Ejaan09.04.2009
12345

Kembali ke atas