Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cen.de.rung] | چندروڠ

Definisi : 1. tidak tegak, condong, senget; 2. menaruh minat (keinginan, kasih, dsb) terhadap sesuatu, suka (akan sesuatu atau melakukan sesuatu), menunjukkan kegemaran kpd: ia lebih ~ membaca novel; 3. berpihak kpd, memilih pihak, menyebelahi, condong: hakim yg adil tidak ~ kpd pihak mana pun; 4. sl lereng bukit (jurang, tebing, dll) yg curam: ~ yg tinggi lagi terjal; mencenderungkan menyebabkan (men­jadikan) cenderung, menyebabkan seseorang berminat (suka, gemar) pd sesuatu: dlm artikel ini, tumpuan akan diberikan kpd peranan ibu bapa membentuk personaliti anak-anak yg ~ mereka kpd penyalahgunaan dadah; kecenderungan kesukaan (keinginan, ke­mahuan), kecondongan (bkn bakat, hati): pendapat pentafsir itu bergantung pd ~nya; kaedah mengajar ini mesti disesuaikan dgn ~ kanak-kanak; berkecenderungan menunjukkan atau mem­punyai kecenderungan (terhadap sesuatu atau utk melakukan sesuatu): sudah ada kes yg menunjukkan bahawa pelarian Vietnam yg sudah biasa dgn kehidupan huru-hara itu ~ utk mencipta fenomena serupa itu di sini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cen.de.rung] | چندروڠ

Definisi : 1 ada minat pd sesuatu; suka akan: Ia ~ membaca. 2 tidak tegak; condong; senget. kecenderungan 1 apa-apa yg diminati atau disukai; kesukaan; kemahuan: Kaedah mengajar di sekolah rendah ini disesuaikan dgn ~ kanak-kanak. 2 perasaan cenderung pd atau suka akan sesuatu: ~nya dlm bidang muzik telah mendorongnya mendalami bidang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cenderung


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mahaya cenderung isu pendidikanMohd Amin JalilMetro Ahad21.03.2004
Wan Norliza cenderung dalam penulisan kreatifMahadzir Abu SemanBerita Harian22.07.1990
Pengeluar2 lebih cenderung buat filem komediKu Seman Ku HussainUtusan Melayu21.12.1989
Pelukis Islam cenderung kepada tauhidZabidi BadorWatan13.03.1993
Gemar, berminat, cenderung dan asyikNik Safiah KarimBerita Harian12.08.2002
Ramai wanita Indonesia cenderung dalam bidang bahasa..Maizam A. SaniBerita Harian16.03.1978
Produksi teater lebih cenderung tonjolkan bintangTiadaBerita Harian12.10.1998
Kritikwan kita mula cenderung setiap aspek ilmuSyukri Mohammad AliMingguan Islam04.12.1987
Penulis-penulis Rusia cenderung dengan thema-thema MalaysiaTiadaBerita Minggu28.03.1976
Kurang kesedaran punca rakyat cenderung gunakan bahasa rojakSahbulah DarwiUtusan Malaysia09.07.2003

Kembali ke atas