Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cen.de.rung] | چندروڠ

Definisi : 1. tidak tegak, condong, senget; 2. menaruh minat (keinginan, kasih, dsb) terhadap sesuatu, suka (akan sesuatu atau melakukan sesuatu), menunjukkan kegemaran kpd: ia lebih ~ membaca novel; 3. berpihak kpd, memilih pihak, menyebelahi, condong: hakim yg adil tidak ~ kpd pihak mana pun; 4. sl lereng bukit (jurang, tebing, dll) yg curam: ~ yg tinggi lagi terjal; mencenderungkan menyebabkan (men­jadikan) cenderung, menyebabkan seseorang berminat (suka, gemar) pd sesuatu: dlm artikel ini, tumpuan akan diberikan kpd peranan ibu bapa membentuk personaliti anak-anak yg ~ mereka kpd penyalahgunaan dadah; kecenderungan kesukaan (keinginan, ke­mahuan), kecondongan (bkn bakat, hati): pendapat pentafsir itu bergantung pd ~nya; kaedah mengajar ini mesti disesuaikan dgn ~ kanak-kanak; berkecenderungan menunjukkan atau mem­punyai kecenderungan (terhadap sesuatu atau utk melakukan sesuatu): sudah ada kes yg menunjukkan bahawa pelarian Vietnam yg sudah biasa dgn kehidupan huru-hara itu ~ utk mencipta fenomena serupa itu di sini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cen.de.rung] | چندروڠ

Definisi : 1 ada minat pd sesuatu; suka akan: Ia ~ membaca. 2 tidak tegak; condong; senget. kecenderungan 1 apa-apa yg diminati atau disukai; kesukaan; kemahuan: Kaedah mengajar di sekolah rendah ini disesuaikan dgn ~ kanak-kanak. 2 perasaan cenderung pd atau suka akan sesuatu: ~nya dlm bidang muzik telah mendorongnya mendalami bidang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cenderung


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
biaspincang; cenderung; tak saksama; miring; berat sebelah; biasSejarahTiadaBerat sebelah: Sikap cenderung atau berpihak kepada satu pihak sahaja.
penchantkecenderungan; cenderungSejarahTiadaSifat orang yang berminat dalam sesuatu hal dengan bersungguh-sungguh atau cenderung melakukan sesuatu sebagai kegemaran.
tensionteganganMekanikGunaanDaya yang cenderung untuk meregang anggota. Tindakan daya ini berbentuk tarikan yang cenderung untuk meningkatkan dimensi jasad pada arah tindakannya. Ia juga dinamai daya tegangan.
rightistpuak kananSains PolitikPolitik PerbandinganGolongan yang cenderung kepada fahaman konservatif. Golongan ini tidak suka kepada tindakan radikal atau perubahan besar yang mendadak. Mereka lebih cenderung kepada pengekalan status quo dan pemeliharaan tradisi masyarakat yang sedia ada dan dalam keadaan tertentu bersifat perkauman yang bergerak untuk memelihara kepentingan kaumnya. Kumpulan ini juga boleh bersifat ekstrem kaum seperti golongan fasis Nazi atau gerakan Ku Klux Klan yang rasis tetapi boleh juga bersifat sederhana seperti UMNO dan MCA. Ia berbeza dengan golongan kiri yang cenderung kepada perjuangan untuk kelas bawahan dan mahukan perubahan radikal dalam masyarakat. Contohnya, dalam politik Malaysia, UMNO dan PAS merupakan golongan kanan manakala Parti Rakyat Malaya pula merupakan golongan kiri.
repulsiontolakan;penolakanKejuruteraanTiadaDaya mekanik yang cenderung untuk menolak jauh pengalir bersebelahan yang membawa arus di arah yang berlawanan, atau cenderung untuk memisahkan jasad yang mempunyai cas elektrostatik yang serupa atau kutub magnet dengan kekutuban yang sama.
static frictiongeseran statikMekanikGunaanGeseran di antara dua permukaan yang cenderung untuk mengalami gerakan nisbi tetapi gerakan yang berkenaan masih belum berlaku. Geseran ini diwujudkan oleh usaha yang cenderung untuk menyebabkan gerakan nisbi yang berpadanan. Nilai daya geseran statik sentiasa sama dengan nilai usaha yang berpadanan.
neutrophilneutrofilBiologiHistologi dan Sitologi1. kn. Korpusel darah putih yang granul protoplasmanya hanya dapat diwarnai dengan bahan pewarna neutral. 2. ks. Sifat sesuatu yang cenderung terhadap pewarna neutral. 3. ks. Sifat yang cenderung tidak menghisap darah haiwan atau manusia seperti beberapa spesies nyamuk.
tendscenderungKejuruteraanTiadaTiada
to tendcenderungFizikTiadaTiada
biaspincang; cenderung; tak saksama; miring; berat sebelah; biasFizikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas