Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ceng.ka.man] | چڠکمن

Definisi : 1. pegangan (geng­gaman) dgn kuku atau cakar, cengkeraman: ia tidak dapat melepaskan dirinya drpd ~ beruang itu; Mawi menguatkan ~ tangannya pd rambut Zaini; 2. kekuasaan yg menindas, (memeras, menekan, menyebabkan pende­ritaan, dsb): seluruh rakyat telah menderita sewaktu dlm ~ Jepun; hasil program kawalan penyakit 1978, kanak-kanak bebas drpd ~ cirit-birit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ceng.ka.man] | چڠکمن

Definisi : 1 genggaman dgn kuku atau cakar: Ia meronta-ronta hendak melepaskan diri drpd ~ beruang itu. 2 kekuasaan; penindasan: Dlm ~ diktator itu, mereka tidak dpt menyuarakan pendapat secara bebas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cengkaman


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud perkataancengkamanMakna cengkaman ialah pegangan (genggaman) dgn kuku atau cakar.Makna12.08.2009
Saya ingin mendapatkan terjemahan istilah kenderaan seperti di bawah. Di sebelah kanan ialah terjemahan yang saya cadangkan. Adaptive Cruise Control - Kawalan Ronda Setara Collision Alert System - Sistem Elak Rempuhan Hill Start Assist - Daya Tolakan Mendaki Hill Descent Control - Kawalan Menurun Bukit Traction Control - Kawalan Cengkaman Trailer Sway Control - Cegah Ayunan Treler Lane Depature Warning - Amaran Lencongan Lane Keeping Aid - Bantuan Susur Laluan Rollover Mitigation - Susutan OlenganSila semak cadangan terjemahan perkataan yang berhuruf gelap.
Adaptive Cruise Control - Kawalan Ronda Setara / Kawalan Suai Pandu
Collision Alert System - Sistem Elak Rempuhan
Hill Start Assist - Daya Tolakan Mendaki
Hill Descent Control - Kawalan Menuruni Bukit
Traction Control - Kawalan Cengkaman
Trailer Sway Control - Kawalan Ayunan Treler
Lane Departure Warning - Amaran Lencongan
Lane Keeping Aid - Bantuan Laluan Susur
Rollover Mitigation - Susutan Olengan
Penyemakan dan penterjemahan18.08.2015
1. Apakah bezanya perkataan ganggam dan cekak? 2. Apakah makna perkataan 'karih'? 3. Soalan ..Nasi yang telah masak _____ oleh ibu sebelum menghidangkannya. ( Pilihan jawapan: dikarih, dikacau , mana yang lebih tepat) Terima kasih.

1. Tidak wujud istilah ganggam. Mungkin yang saudara maksudkan ialah genggam. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, genggam bermaksud kepalan tangan, cengkaman tangan untuk memegang. Cekak pula bermaksud ukuran yang besarnya ditentukan oleh lingkaran (bulatan) yang dibuat dengan mempertemukan ibu jari dengan ibu jari lain.

2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, karih bermaksud mengacau, mengarau, mengaduk.

3. Berdasarkan konteks ayat, jawapan yang tepat ialah dikarih.    

Tatabahasa12.04.2010
AS SALAM DAN SELAMAT SEJAHTERA Soalan saya adalah berkaitan dengan kata hubung apa yang paling sesuai digunakan untuk ayat-ayat dibawah: 1. Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran. Murid itu mencapai kejayaan yang cemerlang. 2.Saya ada masa pada hujung minggu ini. Saya akan menziarahi rakan saya di hospital. 3. Rumah itu baru dibelinya. Rumah itu baharu. 4. Haris berhijrah ke luar negara. Haris memohon maaf atas segala kesilapannya. 5. Fikirannya buntu. Dia memohon cuti selama dua hari. Dia mahu menenangkan fikirannya. 6. Majalah itu sesuai dibaca oleh murid menengah atas. Majalah itu sesuai dibaca oleh pelajar universiti. 7. Seluruh rakyat menderita. Rakyat berada dalam cengkaman penjajah.1. Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
2. Saya ada masa pada hujung minggu ini untuk menziarahi rakan saya di hospital.
3. Rumah yang baru dibelinya itu rumah baharu.
4. Haris berhijrah ke luar negara dan memohon maaf atas segala kesilapannya.
5. Oleh sebab fikirannya buntu, dia memohon cuti selama dua hari untuk menenangkan fikirannya.
6. Majalah itu sesuai dibaca oleh murid menengah atas dan pelajar universiti.
7. Seluruh rakyat menderita ketika berada dalam cengkaman penjajah.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 251 - 254.
Tatabahasa13.05.2015
Apakah perbezaan antara cekak dan genggam ?Mengikut Kamus Dewan, cekak mempunyai tiga makna, iaitu (1) ukuran yang besarnya ditentukan oleh lingkaran (bulatan) yg dibuat dengan mempertemukan ibu jari dgn jari lain; (2) gamak, harapan; makna (3) gamak, harapan. Manakala genggam pula mempunyai (1) makna, iaitu kepalan tangan, cengkaman tangan untuk memegang.Makna02.09.2014
1)Made of high quality and non-toxic materials. No rusting and sharp edges. 1)Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan tidak melindungi toksik. Tidak berkarat dan berbucu tajam. 2)Removable 2)Boleh ditanggalkan. 3)Elastic wire rope for easy to stretch. 3)Tali dawai elastik untuk mudah meregangkan. 4)Safe, smooth design with one-handed open or close. Strong clasp that is gentle on baby clothes. 4)Reka bentuk yang selamat dan licin. Senang dibuka atau ditutup dengan satu tangan. Cengkaman kuat tetapi lembut pada pakaian bayi. Sekian terima kasih :)Terjemahan yang sesuai adalah seperti berikut:
1)Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan tanpa toksin. Tidak berkarat dan berbucu tajam.

2)Boleh ditanggalkan. 

3)Tali dawai elastik yang mudah diregangkan.
 
4)Reka bentuk yang selamat dan licin. Senang dibuka atau ditutup dengan menggunakan sebelah tangan. Kancing atau cangkuk yang kuat tetapi selamat pada pakaian bayi.
Makna18.10.2018

Kembali ke atas