Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ceng.kih] | چڠکيه

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok yg bunganya wangi atau buahnya mempunyai bau yg wangi, pedas rasanya, dibuat rempah, dll), Eugenia aromatica; 2. gambar ukiran yg berupa bunga cengkih (pd barang-barang perak dll); 3. nama daun terup besar yg gambarnya spt bunga cengkih (daun terup kelawar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ceng.kih] | چڠکيه

Definisi : nama sj pohon yg bunganya dan juga buahnya berbau sedap dan pedas rasanya (digunakan utk rempah-rempah dan di dlm isi rokok), Eugenia aromatica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cengkih


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CENGKIH UMUM 
ALLSPICE

Allspice ialah sejenis rempah berperisa menyamai

gabungan kayu manis, cengkih, dan buah pala.

Allspice kadangkala dinamai lada Jamaica atau

pimento . Ia diperoleh daripada buah beri yang

belum matang daripada pokok pimento.

UMUM 
REMPAH

Rempah ialah nama yang diberi kepada perasa

makanan yang dibuat daripada tumbuhan. Rempah

mempunyai rasa dan bau yang kuat. Sesetengah

rempah dinilai kerana rasanya, dan yang lain

kerana baunya. Manusia di seluruh dunia

menambah rasa makanan dengan rempah. Rempah

biasa termasuk lada hitam, buah pala, cengkih,

halia, allspice, mace, mustard, dan kayu manis.

UMUM 
MALUKU

MALUKU, pusat penghasilan dan perdagangan rempah yang utama pada abad ke-15 dan awal abad ke-16. Maluku terletak di Propinsi Bahagian Timur, Indonesia. Maluku lebih dikenali sebagai Molucaas (pulau rempah) bagi orang Barat. Pulau-pulau yang terletak di utara Maluku dianggap sebagai habitat asal bagi tanaman bunga cengkih, manakala tanaman buah pala yang menghasilkan buah dan kulit buah pala pula dikatakan berasal dari Pulau Banda.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan

Kembali ke atas