Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[céong.sam] | چيوڠسم

Definisi : /céongsam/ sj pakaian spt gaun tetapi bahagian kiri dan kanan sebelah bawahnya berbelah dan leher­nya berkepuk (umumnya dipakai oleh wanita-wanita Cina). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ceongsam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'Ceongsam ibu diperbuat daripada kain yang lembut dan halus', atau " Ceongsam ibu diperbuat darpada kain yang lembut dn cantik." yang mana lebih tepat?Salam Sejahtera.

Ayat yang lebih tepat ialah "Ceongsam ibu diperbuat daripada kain yang lembut dan cantik".
Istilah18.03.2014
Selamat oagi, saya ingin bertanya tentang ejaan ceongsam atau cheongsam ye? Yang mana satukah yang betul ejaan di dalam bahasa melayu?Terima kasihSelamat pagi,

Ejaan yang betul ialah Ceongsam. Untuk keterangan lanjut saudari boleh rujuk laman web ceongsam">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=ceongsam
Ejaan18.05.2020
Apakah pemenggalan suku kata bagi perkataan "ceongsam"? Adakah (ceong-sam) atau (ce-ong-sam)? Terima kasih.Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan - Jawi Edisi kedua  pemenggalan suku kata bagi perkataan "ceongsam"  ialah [Céong.sam]  iaitu pemenggalan mengikut sebutan bunyi. é bermaksud membunyikan e secara e taling. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu. Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan (berbeza dengan pemenggalan sebutan). Kebiasaannya di peringkat prasekolah, pemenggalan dibuat berdasarkan suku kata. Oleh itu, jika berdasarkan suku kata, pemenggalannya ialah (ce.ong.sam).Ejaan21.02.2018
salam saya ada keraguan tentang kata nama baju kurung, kain sari dan ceongsam di antara tiga kata nama ini yang nama satukah kata nama khas dan apakah huraiannya yang menyatakan kata nama ini sebagai kata nama khas.

Kata nama am merujuk benda atau perkara yang bersifat umum manakala kata nama khas merujuk sesuatu benda yang bersifat khusus. Oleh itu, baju kurung, kain sari dan ceongsam ialah kata nama am.

Tatabahasa01.11.2010

Kembali ke atas