Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.rah] | چره

Definisi : ; ~ muntah Kl penyakit taun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.rah] | چره

Definisi : 1 tidak gelap atau tidak kelam; terang (bkn hari, bulan, lampu dll): Hari sudah ~. 2 dpt dilihat menerusinya (ttg kaca); jernih: kaca ~. 3 tidak hitam (ttg warna kulit); agak putih: Orangnya tinggi lampai serta berkulit ~. 4 berseri; tidak muram (ttg paras muka): Wajahnya kelihatan ~ setelah memakan ubat itu. 5 ki senang dan aman (ttg kehidupan seseorang); bahagia: Sejak harga getah naik, kehidupan mereka bertambah ~. mencerahkan menjadikan cerah. ke­cerahan keadaan cerah; kejernihan. pencerahan perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit. pencerah sesuatu (bahan) yg mencerahkan kulit dsb: losen ~ kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerah

Puisi
 

Bulan cerah bersinar benar,
     Cahayanya cerah sampai ke pintu;
Cuba cubit abang nak kenal,
     Lainkah tidak dari dahulu?


Lihat selanjutnya...(12)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
samundai, *sumundai* Kdirama tarian mongigol suku kaum Rungus.Magigol yang sama dihadirinya beberapa bulan lalu membawa kenangan kepada Lagan. Pemuda Rungus berkulit cerah ini ditemuinya pertama kali ketika menyaksikan Magigol dalam irama samundai yang indah Pertemuan pertama itu kini mengheretnya ke suatu suasana yang menggerunkan.Serpihan MusimGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mongigol Kdtarian tradisional suku kaum Rungus dlm pesta keramaian.Mongigol yang sama dihadirinya beberapa bulan lalu membawa kenangan kepada Lagan. Pemuda Rungus berkulit cerah ini ditemuinya pertama kali ketika menyaksikan Mongigol dalam irama samundai yang indah Pertemuan pertama itu kini mengheretnya ke suatu suasana yang menggerunkan.Serpihan MusimGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tanak vaqu, *tanak vagu* Kdanak teruna.Tidak selamanya kau harus begini. Yang pergi pasti tidak akan kembali. Kita yang tinggal harus bersedia mengubah sikap. Lagan, tanak vaqu berkulit cerah yang sedang duduk di muka pintu sudap merenungnya.Serpihan MusimGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jukut Sksesuatu (tidak mahu menyebut nama sebenarnya kerana kepercayaan tertentu seperti dalam budaya Melayu harimau disebut sang belang, buaya disebut sang rangkak tetapi dalam budaya masyarakat ini semua benda yang tidak mahu disebut nama sebenarnya disebut jukut); hantu atau makhluk halus, sesuatu.Masuklah, kalau kaumahu. Kalau kausudah Kristian, siapa nak apa-apakan padi kita kalau diserang jukut. Josika mendongak ke langit yang tidak begitu cerah. Aku sudah tidak cekap lagi. Sudah tua. Aku berharap kepada kamu. Terpinga-pinga Josika buat seketika.Novel NgoncongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas