Apakah ceraian suku kata bagi perkataan "sarapan"? Adakah (sa+ra+pan) atau (sa+rap+an) | Jawapan yang betul ialah (sa+rap+an) | Tatabahasa | 12.10.2017 |
adakah ceraian suku kata untuk perkataan-perkataan di bawah ini betul? 1. tiap = ti + ap 2. naik = na + ik 3. tiup = ti + up 4. tuala = tu + a + la 5. menaiki = me + na + ik + i 6. meniup = me + ni + up terima kasih | Penggalan suku kata seperti contoh perkataan yang tuan berikan adalah betul. 1. tiap = ti + ap 2. naik = na + ik 3. tiup = ti + up 4. tuala = tu + a + la 5. menaiki = me + na + ik + i 6. meniup = me + ni + up . | Tatabahasa | 02.04.2015 |
Salam, Apakah ceraian ayat yang betul bagi ayat majmuk ini? Kemalangan itu berlaku pada petang semalam ketika hujan lebat turun dengan tidak henti-henti. Adakah...? 1. A Kemalangan itu berlaku pada petang semalam. B Hujan lebat turun dengan tidak henti-henti. 2. A Kemalangan itu berlaku pada petang semalam. B Hujan lebat turun dengan tidak henti-henti pada petang semalam. Bolehkah tuan/puan berikan alasannya? Terima kasih. | Contoh yang diberikan ialah ayat majmuk keterangan yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil (atau lebih) yang tidak dapat berdiri sendiri. Kemalangan itu berlaku pada petang semalam (ayat induk) + ketika (kata hubung) hujan lebat turun dengan tidak henti-henti (ayat kecil). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 514. | Tatabahasa | 25.04.2014 |
Salam sejahtera. Ceraian 9.2.1.2 (iii) Kata hubung pancangan pada halaman 253 tidak menyenaraikan kata sebab sebagai kata hubung pancangan. Sila berikan butiran terperinci Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang anda rujuk agar kekeliruan ini dapat diselesaikan. Untuk meleraikan kekeliruan ini, lampiran telah saya sertakan sebagai bukti. Sekian. | Untuk makluman tuan, semakan kali pertama dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan Pertama, tahun 2008 pada ceraian 9.2.1.2 (iii) Kata hubung pancangan halaman 253 tidak menyenaraikan kata sebab sebagai kata hubung pancangan. Namun semakan kami selanjutnya mendapati bahawa dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan Kelima, 2010 dan cetakan-cetakan seterusnya kata sebab telah disenaraikan sebagai kata hubung pancangan. Mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dan terima kasih atas maklumat yang tuan berikan. | Lain-lain | 02.12.2018 |
apakah penceraian suku kata bagi perkataan "menjual" adakah (men-ju-al) atau (men-jual)? terima kasih. | Ceraian suku kata bagi menjual ialah men-ju-al. | Tatabahasa | 03.10.2017 |
maksud wacana? | Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian,dialog,bab,buku,siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. | Tatabahasa | 12.03.2013 |
apakah wacana dan penanda wacana? | Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian,dialog,bab,buku,siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Terdapat lima jenis penanda wacana: penanda penghubung, rujukan,penggantian,leksikal dan elipsis atau pengguguran. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 28.03.2008 |
Salam sejahtera. Terima kasih atas penjelasan pihak tuan. Namun demikian, penjelasan yang diberikan oleh pihak tuan berkontradik dengan penjelasan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Pihak tuan menyatakan bahawa kata ‘sebab’ ialah kata nama manakala ‘oleh sebab’ ialah kata hubung keterangan musabab. Berpandukan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 9, ceraian 9.2.1.3, muka surat 253, kata ‘sebab’ tergolong dalam kata hubung pancangan keterangan. Contoh yang diberikan ialah ‘Ali berjaya dalam peperiksaan itu sebab dia rajin belajar’. Adakah ayat ini gramatis? Sekian. | Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP tidak mempunyai ceraian 9.2.1.3. seperti yang anda dakwa. Ceraian 9.2.1.2 (iii) Kata hubung pancangan pada halaman 253 tidak menyenaraikan kata sebab sebagai kata hubung pancangan. Sila berikan butiran terperinci Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang anda rujuk agar kekeliruan ini dapat diselesaikan. | Tatabahasa | 29.11.2018 |
apa yang dimaksudkan dengan WACANA | Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat,sejumlah ayat,ceraian,dialog,bab,buku,siri bukudan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiranyang berurutan dan lengkap. Dalam sesebuah wacana perkaitan antara unit bahasa yang terlibat melahirkan kesatuan yang utuh. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 523. | Makna | 02.04.2008 |
https://drive.google.com/open?id=1tp1YzCc5Z2LEsQG7FW5OioRfpyGRZxMn | Untuk makluman tuan, semakan kali pertama dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan Pertama, tahun 2008 pada ceraian 9.2.1.2 (iii) Kata hubung pancangan halaman 253 tidak menyenaraikan kata sebab sebagai kata hubung pancangan. Namun semakan kami selanjutnya mendapati bahawa dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan Kelima, 2010 dan cetakan-cetakan seterusnya kata sebab telah disenaraikan sebagai kata hubung pancangan. Mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dan terima kasih atas maklumat yang tuan berikan. | Lain-lain | 02.12.2018 |