Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ceraian 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Ceraian 9.2.1.2 (iii) Kata hubung pancangan pada halaman 253 tidak menyenaraikan kata sebab sebagai kata hubung pancangan. Sila berikan butiran terperinci Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang anda rujuk agar kekeliruan ini dapat diselesaikan. Untuk meleraikan kekeliruan ini, lampiran telah saya sertakan sebagai bukti. Sekian.Untuk makluman tuan, semakan kali pertama dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan Pertama, tahun 2008 pada ceraian 9.2.1.2 (iii) Kata hubung pancangan halaman 253 tidak menyenaraikan kata sebab sebagai kata hubung pancangan. Namun semakan kami selanjutnya mendapati bahawa dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan Kelima, 2010 dan cetakan-cetakan seterusnya kata sebab telah disenaraikan sebagai kata hubung pancangan. Mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dan terima kasih atas maklumat yang tuan berikan.Lain-lain02.12.2018
Salam Sejahtera Tuan Puan, Saya dengan rendah dirinya ingin memohon khidmat nasihat akan maksud perkataan ini. Saya mohon jika tuan puan boleh menasihatkan saya. Berikut adalah dua perkataan yang saya memerlukan khidmat nasihat. 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan peraturan berkaitan kemudahan cuti tanpa rekod bagi pegawai Perkhidmatan Awam yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara. 2. Kemudahan cuti tanpa rekod untuk pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara adalah diperuntukkan melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2009. Saya berpendapat, ayat ini mengatakan seorang pegawai mengikut pengajian secara sambilan di IPT dalam negara layak mendapat kemudahan cuti tanpa rekod. Perkataan ini tidak mengatakan memerlukan sebarang dokumentasi institut pengajian yang mengatakan sambilan, tetapi lebih kepada kegiatan/ aktiviti seorang pegawai yang mengikut pengajian secara sambilan. Adalah perkataan ini melambangkan seorang pegawai mengikut pengajian secara sambilan atau universiti harus maklumkan bahawa kursus adalah sambilan. Saya memohon pencerahan daripaha pihak Tuan/Puan untuk perkataan ini. Segala sokongan amat dihargai. Saya boleh dihubungi di talian 0167710762 untuk sebarang makluman lanjut.Ayat 1 dan 2 tersebut berkaitan dengan peraturan kemudahan cuti tanpa rekod pegawai awam secara sambilan di IPTA dalam negara yang diperuntukkan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2009. Tafsiran peraturan dalam mana-mana surat pekeliling hendaklah merujuk Jabatan Perkhidmatan Awam. Dewan Bahasa dan Pusataka membantu dari aspek makna perkataan, istilah dan tatabahasa. Untuk mengetahui ejaan/makna kata, pengguna boleh membuat semakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. 


Lain-lain22.05.2023
Salam sejahtera. Terima kasih atas penjelasan pihak tuan. Namun demikian, penjelasan yang diberikan oleh pihak tuan berkontradik dengan penjelasan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Pihak tuan menyatakan bahawa kata ‘sebab’ ialah kata nama manakala ‘oleh sebab’ ialah kata hubung keterangan musabab. Berpandukan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 9, ceraian 9.2.1.3, muka surat 253, kata ‘sebab’ tergolong dalam kata hubung pancangan keterangan. Contoh yang diberikan ialah ‘Ali berjaya dalam peperiksaan itu sebab dia rajin belajar’. Adakah ayat ini gramatis? Sekian.Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP tidak mempunyai ceraian 9.2.1.3. seperti yang anda dakwa.  Ceraian 9.2.1.2 (iii) Kata hubung pancangan pada halaman 253 tidak menyenaraikan kata sebab sebagai kata hubung pancangan. Sila berikan butiran terperinci Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang anda rujuk agar kekeliruan ini dapat diselesaikan.Tatabahasa29.11.2018
https://drive.google.com/open?id=1tp1YzCc5Z2LEsQG7FW5OioRfpyGRZxMnUntuk makluman tuan, semakan kali pertama dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan Pertama, tahun 2008 pada ceraian 9.2.1.2 (iii) Kata hubung pancangan halaman 253 tidak menyenaraikan kata sebab sebagai kata hubung pancangan. Namun semakan kami selanjutnya mendapati bahawa dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Cetakan Kelima, 2010 dan cetakan-cetakan seterusnya kata sebab telah disenaraikan sebagai kata hubung pancangan. Mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dan terima kasih atas maklumat yang tuan berikan.Lain-lain02.12.2018
Salam, Apakah ceraian ayat yang betul bagi ayat majmuk ini? Kemalangan itu berlaku pada petang semalam ketika hujan lebat turun dengan tidak henti-henti. Adakah...? 1. A Kemalangan itu berlaku pada petang semalam. B Hujan lebat turun dengan tidak henti-henti. 2. A Kemalangan itu berlaku pada petang semalam. B Hujan lebat turun dengan tidak henti-henti pada petang semalam. Bolehkah tuan/puan berikan alasannya? Terima kasih.Contoh yang diberikan ialah ayat majmuk keterangan yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil (atau lebih) yang tidak dapat berdiri sendiri. Kemalangan itu berlaku pada petang semalam (ayat induk) + ketika (kata hubung) hujan lebat turun dengan tidak henti-henti (ayat kecil).  Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 514.Tatabahasa25.04.2014
adakah ceraian suku kata untuk perkataan-perkataan di bawah ini betul? 1. tiap = ti + ap 2. naik = na + ik 3. tiup = ti + up 4. tuala = tu + a + la 5. menaiki = me + na + ik + i 6. meniup = me + ni + up terima kasihPenggalan suku kata seperti contoh perkataan yang tuan berikan adalah betul. 1. tiap = ti + ap 2. naik = na + ik 3. tiup = ti + up 4. tuala = tu + a + la 5. menaiki = me + na + ik + i 6. meniup = me + ni + up .Tatabahasa02.04.2015
Saya ingin bantuan untuk memperbetulkan dari segi susun bahasa contoh seperti di bawah:- untuk maklum balas 1) Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara tersebut di atas. untuk jawab maklum balas 2) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada minit bebas @ surat no. rujukan ....., bertarikh ...... seperti perkara di atas. 3) Dukacita dimaklumkan bahawa bahagian ini tiada wakil untuk sertai jemputan tersebut. 4) Saya ini memahami maksud penggunaan "Minit bebas", "Minit ceraian" dan "minit curaian". 5) Saya amat lemah dari segi penggunaan tatabahasa untuk mengarang sesuatu surat atau apa2 dalam bentuk ayat. Jadi, adakah buku yang sesuai untuk dijadikan bahan rujukan saya. Saya harap mohon bantuan dari tuan/puan. terima kasihi. Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas atau Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. ii. Dengan segala hormatnya saya merujuk surat tuan bertarikh ... yang berkaitan perkara di atas. iii. Dimaklumkan bahawa bahagian kami tiada menghantar wakil untuk menyertai majlis ini. iv. Minit ceraian ialah cabutan minit daripada minit induk; minit curai ialah laporan ringkas yang disediakan oleh pegawai yang kembali menghadiri seminar atau kursus untuk dikemukakan kepada ketua jabatan sebelum minit lengkap atau laporan lengkap diterima daripada penganjur.Lain-lain19.05.2010
Tuan, sebagai permulaan setiap isi, manakah frasa berikut adalah benar: 1. Memetik wasilah nirmala seterusnya, ATAU 2. Memetik wasitah nirmala seterusnya, Terima kasih

Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog, bab, buku, siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. 

Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb.

Merujuk pada pertanyaan saudara pula, penanda wacana yang dicadangkan ialah "Memetik Wasitah Nirmala Seterusnya..." yang membawa maksud "Kita sedia maklum bahawa..."

Tatabahasa14.01.2019

Kembali ke atas