Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ra.mah] | چرامه

Definisi : 1. suka bercakap-cakap, ramah, banyak bercakap; 2. ucapan membicarakan sesuatu perkara (spt bahasa, politik, dll), syarahan: ~ tentang bahasa menjadi suatu perhatian yg istimewa sekarang; berceramah memberi (menyampaikan) ceramah: ketika saya sampai, ia sudah ~; menceramahkan membicarakan sesuatu perkara, memberi ceramah mengenai: ia ~ masalah politik dunia; penceramah orang yg berceramah, pem­bicara: sebelum ~ sampai, masing-masing sudah duduk di tempatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ra.mah] | چرامه

Definisi : ucapan ttg sesuatu perkara, ilmu pengetahuan dll; syarahan: ~nya panjang benar. berceramah menyampaikan ceramah; berucap: Pensyarah itu ~ ttg bahasa pasar. menceramahkan membentangkan sesuatu secara ceramah: Beliau telah diundang utk ~ politik dunia. penceramah orang yg berceramah; pembicara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ceramah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
talkceramahPendidikanTiadaTiada
instructional talkceramah pengajaranPendidikanTiadaTiada
radio talking libraryperpustakaan ceramah radioPerpustakaanTiadaTiada
Talks and Special Event ProducerPenerbit Ceramah dan Peristiwa KhasPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
T.V. talk and special event producerpenerbit ceramah dan peristiwa khas televisyenKejuruteraanTiadaTiada
lead lecturekuliah dasarPendidikanTiadaKuliah atau ceramah tentang konsep asas dan isu penting, biasanya disampaikan pada permulaan bengkel, persidangan atau seminar.
halldewan; tengah rumahPentadbiran PerniagaanTiadaDewan: Balai atau ruang tempat diadakan sesuatu seperti persidangan, ceramah dan lain-lain.,Tengah rumah: Bahagian rumah melayu yang ditengah.
tiradedialog pidatoKesenianDrama dan TeaterDialog yang diucapkan oleh watak yang memberikan gambaran seperti ceramah atau ucapan rasmi untuk membangkitkan semangat atau menimbulkan reaksi tertentu daripada khalayak. Contohnya, dialog watak Zahdi dalam Wira Bukitkarya A. Samad Said.
book fair cataloguekatalog pesta bukuPerpustakaanTiadaKatalog buku-buku yang dipamerkan dan pembuatan buku, termasuk ceramah oleh pengarang, pelukis ilustrasi, penjual buku dan penerbit.
group training methodkaedah latihan kumpulanPentadbiranTiadaLatihan yang dibuat untuk sesuatu kumpulan yang melibatkan kaedah sumbang saran, perbincangan, kajian kes, ceramah, teknik peristiwa genting dan sebagainya supaya latihan menjadi lebih berkesan.
12

Kembali ke atas