Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ra.pan] | چرڤن

Definisi : sesuatu yg diterima dgn pancaindera (spt yg didengar, dilihat, dll), tanggapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerapan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ASSALAMUALAIKUM WBT. 1. adakah terdapat istilah pra-cerapan/pracerapan untuk bidang astronomi?Yang dijumpai hanyalah pra & cerapan dalam bentuk berasingan. 2. Jika ini boleh dikira sebagai istilah baru, apakah bentuk ejaan yang sesuai diantara pra-cerapan/pracerapan? 3. Bagaimana pula dari segi definis pra-cerapan/pracerapan? Terima kasih.Istilah tersebut tiada dalam data kami. Sekiranya ingin membentuk istilah baharu, padanan yang betul ialah "pracerapan". Maksudnya sebelum sesuatu yang diterima dengan pancaindera (spt yg didengar, dilihat, dll), tanggapan;Istilah03.03.2017
apakah yang dimaksudkan dengan telaga resapan?..harap balas...Telaga resapan tiada dalam sumber rujukan kami yang ada telaga cerapan untuk terjemahan observation well dalam bahasa Melayu.Makna02.08.2008
Saya mohon pandangan sama ada perkataan "menara tinjau" boleh diterjemahkan sebagai "observation tower". Saya berpendapat perkataan yang lebih sesuai digunakan sebagai padanan kepada perkataan "menara tinjau" ialah perkataan "surveillance tower" manakala bagi perkataan "observation tower", "menara cerapan". Walau bagaimanapun, dalam konteks ini, menara tinjau tersebut digunakan untuk memerhati hidupan liar dalam kawasan taman negara. Mohon nasihat dan pandangan. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, DBP tidak memberi khidmat nasihat untuk bahasa Inggeris. Dalam pangkalan data istilah DBP, padanan bahasa Melayu untuk "observation tower" ialah menara cerapan.Istilah19.09.2016

Kembali ke atas